Bicara Cinta Tertangguh By Lynn Dayana | Kisah Lukman, si tauke sayur yang jatuh cinta pada Suri yang ingin dijadikan suri hidupnya. Konflik melanda bila si kakak tiri pula jatuh hati pada Luqman dan si ibu tiri memainkan peranan. Suri pergi menghilangkan diri dan hidup Luqman hilang seri bagai nak mati.
Kalau ada pistol mesti paling kurang tiga das tembakan dia lepaskan. Satu di kepala biar Luqman taida idea mengarut untuk mengusik dirinya. Kedua tepat di hati, biar Luqman tidak mampu memporak-perandakan hidupnya. Yang terakhir, biar di bibir. Biar tiada lagi gigi taring dan senyuman manis yang membunuh makna waras
SINOPSIS BICARA CINTA TERTANGGUH
Pertama kali melihat Suri, tok kadi mahu dipanggil. Kad kahwin terus mahu dicetak. “Dia, Suri aku!” Itu kata hati Luq, tauke sayur yang tiada BMW, banglo mewah atau wang berjuta. Tapi hatinya penuh cinta!
KPS @ Kempen Pikat Suri dilancarkan. Luq memikat, Suri mengelak. Luq ganda usaha, Suri jatuh cinta. Luq vs Suri? Sah, Luq juara.
Ujian datang kala risikan ditolak. Mahu nyanyi lagu Rude? Rupa-rupanya... Cinta tak boleh dipaksa, kasih tak boleh digesa dan sayang itu bukan percuma. Berjodohkah mereka di akhir garisan? Antara ‘cinta tidak semestinya bersatu’ dengan ‘kalau jodoh tak ke mana’, yang mana satu takdir Luq-Suri.
Madah Menarik
- Cinta itu sayur, penuh nutrisi untuk hati
- Rindu it rasa yang menggigit-gigit hati hingga lupa diri
- Kasih itu raja jiwa yang menguasai minda kala terpesona
- Cinta itu tenaga yang menghilangkan lesu walau tak lena beradu
- Kasihmu bagaikan bubur panas dalam malam yang dingin
- Kasih yang membara umpama api menerangi dunia
- Cinta itu mangga muda dibaut kerabu menusuk kalbu
- Rindu itu keju yang membahangi jiwa
- Cinta itu bateri yang menambah hayat kasih dan rindu
- Cinta itu arahan bertulis dari laksamana jiwa yang gila kuasa
- Kasih itu kisah hati yang sampai bila pun tiada tamatnya
- Rindu itu demam yang tidak mahu kebah ke hujung nyawa
- Cinta itu sirap yang menghilangkan dahaga tika matahari cerah bercahaya
Ulasan
Cerita yang biasa tapi bukan biasa-biasa jalan ceritanya yang cukup membuat sesiapa saja membaca tersenyum dan tersengih dengan Luq yang cukup disenangi penduduk setempat dan menjadi idaman untuk dijadikan menantu.
Kisah cinta Luk dan Suri ni ada juga halangan dan rintangan antaranya dari ibu tiri Suri dan kakak tirinya yang cemburu. Dalam novel ni terselit juga nama Anis dan Kamal, watak dalam Cinta Untuk Disewa
Manisnya kisah LuqSuri yang mampu membuat saya tersenyum dengan mood turun naik sepanjang membaca naskah Lynn Dayana ni. Betapa usaha Luqman si tauke sayur untuk mendapatkan cinta Suri yang akhirnya berhasil bila kawan-kawan peniaga serta pekerja Luq membuat KPS Kempen Pikat Suri. Luqman Haqim lelaki yang baik hinggakan ramai yang terpikat untuk dibuat calon tapi hati Luq untuk Suri.
Sedih bila rombongan merisik hanya dijamu dengan kuih muih walau waktu tu waktu makan tengahhari. Betapa Suri malu dengan Luq tapi Luq tetap ada dah memahami. Sedih bila seorang ayah yang tidak pernah mengasihi kini tiba-tiba nak mentadbir hidupnya yg sudah lama dia lalui sendiri
"Suri tak nak tengok saya lagi ke?" tanya Luqman
Jangan cakap macam tu Luq, saya malu, sangat malu dengan layanan ayah pada Luq
Kesian Luq dan aibnya Suri bila kedatangan rombongan meminang Suri cuma dijamu kuih walhal datangnya dari jauh
"Kalau hati perlu berubah, macam mana Luq? Macam mana?"
Dan dia menjawab, "Mati. Pasti kita akan merasa mati."
Paling teruja bila ada watak KB (Cinta Untuk Disewa) dalam novel ni kerana Suri mengenali Anis. Terubat rindu pada Anis hingga membuat saya payah nak move on tu..hehe dan serius memang saya suka dengan gaya penulisan Lynn Dayana ni yang menulis hingga kita boleh beremosi dan ada feeling yang meruntun jiwa.
Nota :
Novel yang dibeli di Google Play Book pada 15 Mac 2019
0 Ulasan