Kasihku Satu By Amiza Anaz | Demi dendam, Amril berusaha untuk melangsaikannya walau orang yang didendam telah meninggal dunia. Maka ahli keluarga terdekat Masran didekati sebagai galang ganti.


Masalah yang dialami syarikat percetakan arwah Masran yang kini dikendali si adik, Aimi Rozana, membuka peluang untuk Amril melaksanakan dendamnya.



SINOPSIS KASIHKU SATU 

AMRIL NUQMAN menyimpan dendam terhadap lelaki yang di sangka telah menyebabkan kematian kembarnya. Namun, hasratnya untuk membalas dendam tidak kesampaian kerana lelaki itu telah meninggal dunia. Dia kemudian menggunakan Aimi Rozana, adik lelaki tersebut sebagai galang gantinya.


Namun, Amril silap perhitungan. Dia terjerat dengan perasaan sendiri apabila jatuh cinta dengan gadis itu. Aimi Rozana pula menerima cinta Amril dengan ikhlas. Baginya, Amril seorang lelaki yang bisa membahagiakan dirinya. Akhirnya, mereka dijodohkan oleh keluarga masing-masing.


Kebahagiaan yang diharapkan rupa-rupanya menjadi duri dalam hidup Aimi. Apa yang diangankan kosong sematamata. Dirinya dilayan seperti patung bernyawa.


Hanya dipandang, tapi tidak bisa disentuh. Sikap Amril semakin lama membuatkan Aimi menjadi sangsi dan kecewa.


Sanggupkah Aimi meneruskan hidupnya sebagai isteri Amril setelah lelaki itu meletakkan dirinya di tahap yang paling bawah?