SETIAP MANUSIA IALAH BULAN~ ada sebelah sisi yang tidak pernah ditunjukkan kepada sesiapa.



Novel : Terang Bulan

Penulis : Fakhrull Halim

Bil. mukasurat : 295


Watak :  Badar, Zarul, Rahman, Sin, Zamir, Raden Mustafa 


[B A D A R]

Kehidupan Badar yang normal mula terganggu dengan beberapa siri kejadian aneh. Makin menggusarkan bila seorang demi seorang temannya mula menemui ajal. Hanya satu cara untuk Badar menghentikan semuanya; dia perlu mencari Zamir! Hanya lelaki itu yang mampu membantunya. Namun, bila hanya berbekalkan sebaris nama, tugas mencari itu bukanlah tugas yang mudah...


[S I N]

Sin mempunyai segalanya; kemahsyuran, kekayaan dan perempuan. Satu-satunya benda yang tak pernah dia miliki ialah diri sendiri. Jiwanya jadi kacau hingga dia nekad ingin menamatkan riwayat hidupnya. Muncul Zarul yang mahu membantu. Sin boleh dipulihkan dengan satu syarat; Sin harus bersedia untuk melalui satu perjalanan yang begitu asing. Mampukah Sin menghadapinya?


Antara Badar dan Sin, ada garis halus yang memisahkan kedua-duanya. Dan, apabila garis halus itu lenyap... akan ada rahsia besar yang bakal terbongkar!



Baca Juga : Novel Prolog Media

Ulasan Peribadi

Dah lama habis membaca karya ini tahun lepas, pertama kali naskah Fakhrul Halim yang berjaya menambat hati untuk dibeli sebab tertarik dengan cover novel ni.


Memang seram bila kita membaca dan boleh terbayang babak seram dalam kepala tapi kalau dah ada novel ditangan, harus segera diselesaikan pembacaan. 


Ia berkisarkan tentang tentang Badar yang sering nampak bayangan menakutkan yang menyerupai kawannya. Dan kawan-kawannya seorang demi seorang mati dalam keadaan ngeri. Paling sadis bila apa kaitan dengan maksud nama bagi setiap kawan Badar.


Kemudian muncul seseorang menyuruhnya mencari Zamir yang dikatakan punca semua kejadian.


Kisah tentang Sin, seorang artis bersimbol seks dengan tarian, lagu dan bertopeng tapi di sebalik luaran seorang 'Sin', masih ada sisi lain yang disorokkannya.

"Setiap orang ialah bulan: ada sebelah sisi yang tidak pernah ditunjukkan kepada sesiapa".


Bila baca sampai habis baru faham apa kaitan antara Sin dan Badar.


Novel ini agak memenatkan, sakit fikiran selain tidak sesuai untuk pembaca muda tapi pembaca matang macam saya pun rasa terbeban. Penatnya kerana kita terasa nak sama-sama cari jalan keluar dan punca kepada semua perkara


Tapi ending ceritanya buat kita rasa sebak sebab apa yang diimpikan tercapai dengan bantuan sahabat yang baik, sedia membantu hingga tercapai yang diharapkan Sin.