Cinta Untuk Disewa by Lynn Dayana | Novel yang memang memainkan emosi dengan watak-watak yang cukup istimewa dan sememangya saya masih tak boleh move on dengan novel ni. Pernah saya suarakan kepada penulis kenapa tiada kesinambungan novel ni kerana saya berharap Anis akan berkahwin dengan Kamal Bahrain (KB) bila mungkin Ashraf dan Izrin meninggal walau waktu tu usia keduanya sudah lanjut tapi sebab sememangnya ada cinta dihati keduanya. 


Tapi sayang penulis novel Cinta Untuk Disewa ini membalas dia tidak gemar menukar cerita yang happy ending jadi sebaliknya.  Hati cuma mengharap tapi mungkin tidak kesampaian..hehe


Untuk membaca ulasan panjang lebar novel Cinta Untuk Disewa ni boleh layari https://www.iamfuzy.com/2017/10/review-novel-cinta-untuk-disewa.html


Novel Cinta Untuk Disewa - Lynn Dayana

Novel : Cinta Untuk Disewa
Bil m/s : 670
Penulis : Lynn Dayana
Rating : *****



Sinopsis Novel Cinta Untuk Disewa


Hei, ini doktor cintalah! Doktor cinta yang menyewa cintanya untuk mereka yang buntu dalam menilai rasa. Itulah Anis Sofea. Namun, bila cinta mula bertandang di hati, dia kibar bendera putih. Dia menjadi doktor cinta yang gagal.

Pertama; Anis jatuh cinta pada Iskandar, sahabat baiknya. Tapi... cintanya tidak berbalas, malah terus terpendam. Parah!

Kedua; Hatinya terpaut pada Kamarul Bahrain. “He is amazing!” Tapi sayang, Kamal lelaki yang sudah berhenti percaya pada cinta.

Ketiga; Ashraf Hadi, lelaki paling cerewet yang pernah Anis jumpa. Kamal kata, Ashraf itu sesuai untuk dirinya. Gila apa? Ashraf itu karbon dioksida, bukan oksigen!

Susahnya mahu menggapai makna bahagia. Namun, janji ALLAH... manusia diciptakan berpasang-pasangan. Jangan sesekali mudah mengalah.



02Oct2019