Informasi Buku

Tajuk : Aku Ada

Genre : Supernatural, Mistik

Penulis : Syu Ariani

Bil mukasurat : 544

Rating :


Sinopsis

Hidup Lyssa yang selama ini aman dengan rutin seorang penuntut di sebuah kolej, tiba-tiba berubah selepas Lyssa jatuh tergelincir di Ledang. Sudahlah didiagnos dengan Retrograde Amnesia, malah boleh mendengar suara-suara halus. Dan kebolehan itu akhirnya membawa Lyssa kepada penemuan satu mayat di dalam hutan.


“Jangan percayakan papa Lyssa, Saf dan Fitri.”


Itu yang dititipkan suara halus itu. Lyssa panasaran. Namun, ketenangannya sekali lagi berkocak. Kali ini, Lyssa bisa melihat sesuatu yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Sesuatu… Atau seseorang?


“Kau... Siapa kau sebenarnya? Kau nak apa daripada aku?” – Lyssa


“Aku cuma nak stay dengan kau aje. Aku nak ada kat sisi kau selalu, setiap masa...” – Hafiy


Dalam ketakutan, ada rasa bahagia yang menjalar. Dalam keengganan, ada rasa dilindungi yang menerpa. Menunaikan permintaan suara-suara itu ditemani Hafiy, Lyssa terpaksa akui dia juga mahukan Hafiy di sisinya.


Identiti mayat terbongkar. Cukup untuk buatkan dunia Lyssa jadi kelam namun semangat dikutip semula untuk mencari tahu punca kematian tersebut. Di setiap langkah Lyssa untuk mencari kebenaran, ada rahsia yang terbongkar.


Sesungguhnya kematian itu hanyalah titik permulaan untuk permainan kejar-mengejar di antara Lyssa dan Dia! Cinta. Keluarga. Sahabat. Semuanya menjadi pertaruhan. Dan juga… Nyawa. Kata Dia, ini semua takdir!


“Apa kata kita potong bulatan takdir ini?” – Lyssa


“Kematian aje caranya. Aku takkan mati jadi jawapannya ialah kau!” – Dia


Apa dan siapa Hafiy sebenarnya? Masih utuhkah rasa yang bertamu dalam hati walaupun mereka hanya menyakiti satu sama lain? Dan yang paling penting… Mampukah Lyssa melawan Dia?


Ulasan

Novel ala-ala ghost whisperer. Cerita yang menarik tentang Lyssa yang berkebolehan mendengar suara-suara yang meminta tolong. Pada mula, Lyssa merasakan dirinya gila dan takut. Kata Dr Kareena, Lyssa mengalami Retrograde Amnesia (RA) dan suara2 itu mungkin effect daripada penyakit tersebut. Amnesia? Lyssa ingat semua nama dan familiar dgn semua tempat, tapi hanya satu orang yang Lyssa tak ingat iaitu Yuskhairi. Kenapa pulak?


Yuskhairi datang secara tiba-tiba dan berperanan sebagai hero untuk melindungi Lyssa jika berlaku sesuatu kepadanya. Mulanya Lyssa rasa rimas tapi lama-lama dah boleh terima kehadiran Yuskhairi.

"Jangan percaya papa Lyssa, Saf dan Fitri"


Kebolehan Lyssa bukan sahaja boleh mendengar suara2, tetapi boleh melihat satu roh. Kehadiran Hafiy sebagai pelindung kepada Lyssa dan sangat caring, tapi rupanya dialah yang merancang segalanya dan memburu Lyssa.


Persoalan sekarang, apa yang terjadi kepada Yuskhairi? Siapa sebenarnya Hafiy? Apa kaitan Papa Lyssa, Saf dan Fitri? Siapa Dia? Ada rahsia besar yang Lyssa harus cari.


Apa yang pasti, membaca novel ni buat kita berdebar-debar dan penuh emosi.