Dua Dunia Separuh Mimpi by Lynn Dayana

 


Informasi Buku

Tajuk : Dua Dunia, Separuh Mimpi 

Genre : Misteri

Penulis : Lynn Dayana

Bil mukasurat : 342

Rating : 4.5*


Sinopsis

Dua Dunia

Dalam hidup Aina, ada Aida. Tapi di mata dunia, Aida tidak wujud dan Aina dianggap psiko. Apa yang berlaku apabila tiba-tiba Ustaz Adam dapat melihat Aida?

Bila garis antara dua dunia begitu halus. Ada dan tiada jadi bertindih. Siapa yang mahu dipercayai?

“Aida tak wujud. Mak tak nampak dia. Abang tak nampak dia.”

Aina terpaksa mengaku ya, Aida tak wujud. Tapi dalam menempuh ujian dunia... yang setia menemani cuma Aida. Tak berbelah bahagi.

“Aku temankan kau Aina. Sampai bila? Sampai matahari tak muncul lagi.”

Bila Aida dan Ustaz AdaM jatuh cinta, huru hara jadinya. Untuk Aida ke dunia nyata, uminya minta ditukarkan dengan Aina. Mahukah Aina buat pilihan sebegitu? Selamat tinggal emak. Kerana kasih aku turutkan... sanggupkah?



Separuh Mimpi


“Ini mimpi aku.”

“Tak. Ini mimpi aku.”

Dua-dua mahu mengaku. Mimpi ini milik mereka. Jadi lupa, semua itu berlaku atas kuasa Dia. Ihsan Dia. Bukan kehendak mereka, hamba yang tidak punya apa.

Mereka bertemu dalam mimpi. Di dunia itu mereka boleh bicara apa saja. Tak ada yang menghalang.

Di sana dia bukan Fendi. Dia Batman. Adiwira penyelamat dunia. Gadis itu pula Siti April Rambutan Autumn. Panjang berjela namanya.

Dalam mimpi mereka bersatu. Mencipta rasa, belajar merindu... Waktu realiti mengejar, mampukah berdiri teguh? Perisai runtuh. Hati rupa-rupanya tidak sekuat mana.

Masa untuk bangun dan sedar diri? Atau kekal mimpi?




Ulasan

Buku Lynn Dayana ni tak pernah mengecewakan dan seperti biasa manisnya terasa walau selepas habis dibaca. Manis yang secukup rasa.


Kisah Aina dan Aida. Aina, dalam dunia dia saja tapi dituduh dan dikata macam-macam. konon ada membela walah dunianya hanya menjahit dan yang selalu ada dengan dia hanya Aida dan emak.

Aida, yang ceria, suka menyakat, suka nyanyi lagu lama dan apa yang menyakiti Aina akan Aida balas tanpa Aina tahu dan minta.


Tapi dunia Aina dan aida berbeza, eorang di dunia nyata dan seorang lagi di dunia berbeza. kedua-dua mereka terikat, itu yang jadikan mereka boleh bertemu.


Idham, Ustaz Adam dan Firdaus hadir dalam mewarnai rencah kehidupan.


Separuh Mimpi


Kisah fendi, sham, ghaz dan sally, bertugas di hospital. fendi ni adik dia wana rajin setkan blind date, sebab nak abang dia bertemu jodoh.


kisah pelik bermula bila fendi bertemu dengan seorang gadis dalam mimpi. dia jadi batman, dan gadis itu, siti april rambutan autumn.


Tak sangka ada kisah besar di sebalik pertemuan dalam mimpi itu yang membuatkan mereka berempat bersatu hati untuk lakukan satu 'penculikan'.


Macam mana nak lakukan penculikan kalau ianya sekadar mimpi, dimana, siapa dan kenapa? itulah magisnya cara penulisan Lynn Dayana. Memang out of the box betul idea si penulis ni




Catat Ulasan

0 Ulasan