Novel ini saya beli semasa PBAKL 2022 yang lepas, selepas berpusing ke booth lain-lain tapi hanya buku-buku dari Prolog Media yang saya puashati untuk bawa pulang. Kenapa prolog media? sebab saya cukup suka penulisan Lynn Dayana, jadi semestinya buku-buku beliau harus ada dalam koleksi.


Novel Dua Dunia, Separuh Mimpi by Lynn Dayana mengandungi 2 cerita seakan tapi tak serupa. Dah lama habis di baca tapi sempat nak kongsi di sini sebab dok ralit membaca novel yang lain juga.


Dua Dunia, Separuh Mimpi by Lynn Dayana


Novel : Dua Dunia, Separuh Mimpi

Penulis : Lynn Dayana

Bil mukasurat : 342

Terbitan : Poreng Kertas Publication

Rating : 5*


SINOPSIS DUA DUNIA, SEPARUH MIMPI

DUA DUNIA


Dalam hidup Aina, ada Aida. Tapi di mata dunia, Aida tidak wujud dan Aina dianggap psiko. Apa yang berlaku apabila tiba-tiba Ustaz Adam dapat melihat Aida?

Bila garis antara dua dunia begitu halus. Ada dan tiada jadi bertindih. Siapa yang mahu dipercayai?

“Aida tak wujud. Mak tak nampak dia. Abang tak nampak dia.”

Aina terpaksa mengaku ya, Aida tak wujud. Tapi dalam menempuh ujian dunia... yang setia menemani cuma Aida. Tak berbelah bahagi.

“Aku temankan kau Aina. Sampai bila? Sampai matahari tak muncul lagi.”

Bila Aida dan Ustaz AdaM jatuh cinta, huru hara jadinya. Untuk Aida ke dunia nyata, uminya minta ditukarkan dengan Aina. Mahukah Aina buat pilihan sebegitu? Selamat tinggal emak. Kerana kasih aku turutkan... sanggupkah?






SEPARUH MIMPI


“Ini mimpi aku.”

“Tak. Ini mimpi aku.”

Dua-dua mahu mengaku. Mimpi ini milik mereka. Jadi lupa, semua itu berlaku atas kuasa Dia. Ihsan Dia. Bukan kehendak mereka, hamba yang tidak punya apa.

Mereka bertemu dalam mimpi. Di dunia itu mereka boleh bicara apa saja. Tak ada yang menghalang.

Di sana dia bukan Fendi. Dia Batman. Adiwira penyelamat dunia. Gadis itu pula Siti April Rambutan Autumn. Panjang berjela namanya.

Dalam mimpi mereka bersatu. Mencipta rasa, belajar merindu... Waktu realiti mengejar, mampukah berdiri teguh? Perisai runtuh. Hati rupa-rupanya tidak sekuat mana.

Masa untuk bangun dan sedar diri? Atau kekal mimpi?


ULASAN/KOMEN

Dua Dunia 

Mengisahkan Aina yang sering dianggap ada pendamping hingga kekasih hatinya berubah hati dan mengahwini gadis lain. 


Aina hidup di dunia kita yang nyata tapi Aina di dunia berbeza tapi keduanya terikat kerana mereka punya pertalian erat.


Akhirnya terbongkar pertalian yang mengikat keduanya sehingga mereka sukar dipisahkan. 



Separuh Mimpi 


Mengisahkan Fendi, Sham, Ghaz dan Sally yang merupakan doktor di sebuah hospital ternama. Dr Fendi, masih bujang dan Wana, adiknya rajin aturkan blind date buat si abang supaya bertemu jodoh. 

Mimpi pelik Fendi bertemua seorang gadis dalam mimpi, dia memperkenalkan dirinya sebagai Batman dan si gadis pula Siti April Rambutan Autumn. 

Mimpi demi mimpi akhirnya terungkap kisah benar yang membuatkan terbongkar misteri mimpi hingga keempat-empat doktor muda tersebut bersatu hati melakukan penculikan.