Akhir Sebuah Cinta By Siti Nur Dhuha | Kisah gadis bernama Mimi Atia




Novel : Akhir Sebuah Cinta

Penulis : Siti Nur Dhuha

Bil m/s : 652

Rating : 3.5 *


SINOPSIS AKHIR SEBUAH CINTA

APALAGI yang ada pada diri seorang wanita itu melainkan maruah dan harga dirinya. Seandainya kedua-dua itu dirampas, dia sudah tidak punyai apa-apa lagi. Dia hanya mempunyai jasad yang bernyawa tanpa apa-apa harga. Mimi Atia sedih! Mimi Atia terluka dengan apa yang berlaku. Tetapi masa tidak dapat diputar kembali. Dan dia telah kehilangan segalanya.


“Hai baru sekarang nak balik. Keluar dengan lelaki, lepas tu dua hari kemudian baru nak tunjuk muka. Hebat perangai ustazah ni. Macam mana? Tuan Ezairy kau tu bawa kau ke Phuket ke? Atau bawa kau ke Golok? Tak sangka ya, diam-diam ubi berisi.” Tengku Khuzairi tiba-tiba berkata.


Dia… lelaki yang banyak menyakitkan hati aku. Dia… lelaki yang pernah menengking aku. Dia… lelaki yang sering membuatkan aku menangis. Dan dia… banyak melukakan hati aku. Dengan tiba-tiba air mata Mimi Atia menitis. Tengku Khuzairi… kenapa kau perlu datang dalam hidup aku.


Tolonglah Atia, cermin diri kau dulu. Kau siapa? Kau hanya seorang gadis kampung, yang tak ada apa-apa. Kau sepatutnya tahu Atia, kau akan menyebabkan abang aku dipandang hina. Kau akan musnahkan kehidupan dia. Kau mahu ke tengok abang aku kena sisih dengan saudara-mara aku.