Osaka With Love by Mastura Abdullah

Novel yang dibeli pada PBAKL2019 ni dah lama habis dibaca 2 tahun sudah.

Osaka With Love

Sinopsis

Kahwin dengan pilot handsome? Oh, Itu mungkin harapan gadis cantik yang lain tetapi bukan impian Nadyne Umairah! Kerana Dayyan Putra adalah pilihan mama, mahu tak mahu Umairah akur. Rupa-rupanya, ada sesuatu yang Umairah tidak tahu tentang Dayyan. Lelaki itu, tanpa segan silu mengajak dirinya membuat dosa menyebabkan Nadyne Umairah membenci Dayyan. Umairah bertekad, biarpun terpaksa melukakan hati mama, dia tidak akan sekali-kali mengahwini Dayyan.


“Terima kasih atas semua kebaikan papa pada keluarga Nadyne. Nadyne pilih untuk tidak mahu teruskan majlis ni. Nadyne anggap diri Nadyne tak berjodoh dengan Dayyan,” - Nadyne Umairah


Sebuah nama, yang tidak pernah padam dari hatinya muncul di depan mata setelah lapan tahun berlalu. Faeeq kembali demi mengotakan janjinya untuk memperisterikan Nadyne Umairah. Namun, takdir telah menyatukan ketiga-tiga mereka di dalam penerbangan ke Osaka. Faeeq ingin mendekati Umairah, Umairah ingin melarikan diri dari Dayyan tetapi Dayyan berjaya mengatasi rintangan, lalu berjaya menjadikan Nadyne Umairah sebagai isterinya yang sah.


“I lagi jijik kalau you tak mahu jadi isteri I. Tapi I tahu, you cukup bijak untuk buat keputusan yang tepat. Actually, you sendiri yang setuju untuk jadi isteri I. I tak paksa you pun.” - Dayyan Putra


“Tak sangka begitu kecilnya dunia! Sejauh-jauh tempat aku cari kau, di bawah bumbung KLIA ni juga kita dipertemukan. Hati ini tak sabar-sabar nak bertanya, apakah aku masih punya ruang untuk berkongsi bahagia dengan kau?” – Muhammad Faeeq


Wujudkah cinta buat Dayyan sedangkan Umairah tidak pernah mencintai lelaki itu? Bagaimana pula dengan kisah cinta yang tidak pernah bermula dan tidak pernah berakhir antara dirinya dan Faeeq? Kisah cinta ini milik siapa sebenarnya?


Informasi Buku

Tajuk : Osaka With Love

Penulis : Mastura Abdullah

Bil mukasurat : 416 

Rating : 3.5*


Ulasan

Nadyne Umairah,  menolak perkahwinan yang diatur oleh ibunya dengan Dayyan Putra, seorang juruterbang tampan. 


Dalam cubaan melarikan diri dan mencari ketenangan dari situasi tersebut, Nadyne  bertemu semula dengan Faeeq, cinta lamanya ketika dalam penerbangan ke Osaka. 


Pertemuan selepas 8 tahun ini membuka kembali kisah silam mereka, mencetuskan dilema antara perasaan lama yang masih berbunga dan takdir yang sedang menantinya.

Menarik ada perbualan loghat utara kerana dulu Nadyne tingggal dengan Wan Senah di Alor Setar sewaktu bersekolah dan disinilah dia mengenali Faeeq yang sangat nakal.

Seperti Nadyne, kita pun tak suka dengan perangai Dayyan dan berharap Nadyne akan menjadi milik Faeeq tapi takdir Nadyne bukan milik Faeeq.

Faeeq punya sikap yang sangat tenang, sangat tenang sewaktu kehilangan Maira, masih bersikap tenang bila dipaksa bertunang dan tetap tenang waktu Maira berkahwin. Memang watak tenang inilah yang membuat kita tertarik dengan Faeeq.


Memang geram dengan Dayyan yang berjaya mengahwini Nadyne secara paksa geram juga dengan sikap Umairah yang keras kepala dan kasar. Yalah orang tak suka kan, mujur Dayyan ni penyabar orangnya dan sejenis tak faham bahasa juga.


Ada rahsia yang tersimpan sehingga hampir memusahkan kebahagian Umairah dan apakah kisah yang bermula di Osaka itu.


Ending memang buat kita emosi tapi kena akur itu kehendak penulis dan bukan semua cinta berakhir dengan apa yang kita inginkan kerana tiada sesiapa yang tahu takdir kita.

Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. wow satu ending yang tragik sebab kena kahwin juga dgn Dayyan walaupun tidak suka.

    BalasPadam
    Balasan
    1. tu la rasa mcm geram sebab menyampah dengan Dayyan di awal pembacaan..heee

      Padam