Informasi Buku
Tajuk : Magis
Bil Mukasurat :
Penulis : Ramli Awang Murshid
Genre : Fiksyen
Rating : 4.5*
Sinopsis
Fenomena Halo telah mengheret lima manusia yang berlainan tempat dan berbeza tahun ke sebuah dunia magis. Sebuah dunia di hujung waktu ketika tamadun serta peradaban manusia mulai terhakis. Mereka yang terpilih adalah Saifudin, Tombiruo, Mikhail, Ryu-Watanabe dan Carlos. Terjebak ke lokasi yang berbeza-beza.
Saifudin bertemu Syeikh Thauban – satu-satunya manusia penjaga masjid. Dipercayai masjid terakhir yang terselamat.
Tombiruo yang kini berwajah manusia dan tampan, jatuh cinta pada seorang perempuan Tur-Kus yang rupawan bernama Juvia.
Ryu-Watanabe diselamatkan orang-orang Memalik yang menghuni underground city di Derinkuyu.
Mikhail pula bergaul hidup dalam gerombolan dubuk yang pandai berkata-kata.
Manakala Carlos menjadi tawanan perang di Buyuk Bulsinatur. Dia dijagai perempuan pendamping bernama Cinnie.
Masa secara perlahan-lahan telah mempertemukan mereka. Namun di kalangan mereka ada yang berpihak kepada kejahatan yang diterajui seekor makhluk gagah dipanggil Tuan Turak – pemimpin boneka di sebalik satu kuasa yang lebih kejam lagi dahsyat.
Apabila dunia semakin dihampiri Dukhan (asap tebal,) maka peperangan tidak mampu dielakkan lagi. Mereka bertempur sampai mati!
Ulasan
Dunia sudah semakin tua dan kiamat semakin hampir.
Pertemuan Saifuddin, Ejim, Risham, Mikhail, Carlos/Lebai Pilut berlaku ketika nyawa mereka di hujung tanduk dan bertemu di masa akan datang. Mungkin ratusan tahun dari tahun sebenar mereka sendiri, waktu dunia sudah musnah.
Mereka di dunia dengan teknologi serba moden, ada kereta terbang, manusia hanyut dalam dosa tanpa silu, dan manusia tidak lagi mengunjungi masjid, langsung lupa akan Sang Pencipta.
Siapa saja yang tidak takut, sama takutnya bila memikirkan bolehkah Saifuddin, Ejim, Risham, Mikhail menewaskan Tuan Taluk yang kuat yang menjadi perantaran Dajjal. Sesiapa yang menentang akan mati, tersiksa dan kebuluran dan mereka yang mengikuti telunjuk Tuan Taluk akan senang dan negeri mereka makmur.
Pertempuran berlaku hingga menewaskan Ejim, Risham dan Mikhail sementara Saifuddin hampir tewas di tangan Carlos yang menipu dan menikam secara curi. Rasa lega bila Tuan Tuluk akhirnya mati ditangan Laksamana Sunan.
Pengkahiran cerita yang bagi kepuasan bila mereka semua kembali ke zaman masing-masing dalam keadaan selamat.
Kembali ke dunia masing-masing dalam keadaan Laksamana Sunan memenangi peperangan dengan tentera Siam, Timbiruno kembali ke hutan Kenyalang, Risham berjaya menumpaskan musuh yakuzanya, Mikhail terselamat dari dibunuh begitu juga Carlos tapi Carlos meninggal selepas dilanggar lari.
0 Ulasan