Novel Bintang Tanpa Nama by Ainul Farihah

"Nalar" : ertinya pertimbangan tentang baik buruk dan sebagainya; akal budi" dalam bahasa Indonesia.



Informasi Buku

Bil muka surat : 385

Penulis : Ainul Farihah

Genre : Cinta

Rating : *****


Sinopsis

Bintang tanpa nama, barangkali begitulah kita dalam hidup seseorang. Bersinar dan wujud tetapi tidak didendang.


Terpulang — dan demikianlah Ilham dan Aya yang menjadi bintang sesama sendiri.


Di kota sederhana Kuantan, Aya menelusuri hari-harinya sebagai seorang peguam jenayah ditemani Ilham, lelaki yang pernah disukainya. Ilham, penyeduh kopi di kafe ‘Kita, Usai’ punya cerita tersendiri di sebalik senyumannya yang penuh tawa dan terkadang lara.


Sejak mereka bertemu kembali, fasa demi fasa ditempuhi dalam waktu yang singkat — kehilangan, kemaafan, persahabatan, kekeluargaan dan cerita silam yang sentiasa melingkari hidup mereka berdua.


Siapakah yang akan menyakiti dirinya sendiri? Aya atau Ilham? Entahlah, mungkin kamu juga. Orang yang sering membuka ruang untuk disakiti.


Ulasan

ahhhh...cinta tak kesampaian, mencintai bukan semestinya memiliki, cinta tapi takut, suka sama suka tapi melepaskan.


Sakit. Sakitnya terasa dalam dada. Sukar dilepaskan begitulah rasa bila membaca novel novel Bintang Tanpa Nama ni.


Watak-watak Ilham dan Aya ni memang terbaik seperti Seth, Nia (bff Aya), Sam adalah sahabat yang kita perlu dalam kehidupan. 


"Tertawa luarku, menangis dalamnya. Tak ada yang tahu, cuma aku" Ilham terasa sakit menyucuk, Begitulah saya bila membaca novel ni. Rasa sakit di dalam, tak terluah. Rasa geram dengan Ilham sebab kerana terlalu takut dia akan jadi seperti bapanya dan kelak Aya akan mengalami hal yang sama seperti ibunya. 


Bila baca novel ni, memang rasa sakit sangat sebab kita saling mencintai, saling menyukai tapi tak berani ambil risiko kerana bimbang sejarah berulang.


Kisah cinta yang tidak perlu diluahkan tapi dirasai oleh keduanya. Begitulah dengan Ilham yang telah jatuh hati dengan Aya sejak di bangku sekolah. 


Indah betul percintaan walau tanpa dilafazkan, keduanya punya persamaan bila menyukai lagu-lagu kumpulan Fourtwnty, 


Kuantan : Aya dan Ilham.


Dulu, kedua-duanya mimpi sesam asendiri. Dari kecil sehingga dewasa. Setahun yang lepasnya, mereka adalah realiti.


Aya dan Ilham: daripada mimpi, jadi realiti


Kini, tinggal memori.


"Aya, saya rasa saya ptutu lepaskan awak daripada hidup saya."


Ahh, memang sakit.


Kembali ke Kuala Lumpur, Aya masih tak move on bila tiket konsert yang dibeli untuk pergi bersama Ilham, tidak dijual dan kerusi yang sepatutnya milik Ilham dibiarkan kosong.


Fourtwnty di Kuantan. Lagu-lagu yang punya kenangan, bermain dahulunya tanpa henti bagi mentafsri rasa-rasa yang pernah hadir setahun sewaktu Aya masih di Kuantan. Terasa sangat persoanl pada diri Ilham.


Novel ni dibeli tahun lepas di PBAKL 2024 tanpa sengaja, tidak termasuk dalam senarai novel pilihan tapi bila baca kisah di Kuantan pada sinopsis, terus ambil dan tak sabar nak baca. Kuantan bandar yang sangat dirindui dan akan sentiasa jadi lokasi percutian dalam senarai.


Novel ini juga membuat saya terus mencari siapakah Fourtwnty dan terus jatuh cinta dengan lagu Zona Tenang, Fana Merah Jambu, Aku Mencintai Traumaku, Pintu Keluar, Kursi Goyang dan sekarang tengah popular dengan lagu Mangu. Memang terus jatuh hati dengan muzik Fourtwnty.

Catat Ulasan

2 Ulasan