Pada Subuh Yang Membawaku Pergi by Yaya Samad
Informasi Buku
Bil muka surat : 400
Penulis : Yaya Samad
Baca Juga : Pada Masa Yang Terhenti
Watak :
Raudhah (ibu, Faizal (ayah), Fahim, Megat, Nurul Huda (kawan sekolah), Cikgu Hasyim, Zulaikha (adik), Salahuddin (adik)
Sinopsis
"Janji yang abang akan kembali pada ibu. Sebab abang nyawa ibu."
- Raudhah
"Saya harap dia tak menyesal ada ayah macam saya."
- Faizal
"Terima kasih kerana selalu ada dengan aku."
- Fahim Luth
"Selagi hati ini tidak berbolak-balik, selagi itulah perasaan aku sama untuk dia."
- Nurul Huda
Dia, Iskandar Dzulkarnain, didera sejak kecil oleh si ayah dan dibelai penuh kasih oleh si ibu.
Pendewasaan membawa dirinya jaub hanya kerana tidak mahu tubuhnya terus terseksa.
Keluarga, persahabatan dan cinta diharap malar namun fitrah hidup ini tiada yang kekal.
Ulasan Peribadi
Tak boleh imagine hidup seorang kanak-kanak yang sering kena abuse oleh ahli keluarga, lebih tepat oleh si ayah. Pastinya trauma dan mungkin akan membuat dirinya menjadi seperti si ayah. Bapa kandung bukan bapa tiri! Naububillah.
Kisah seorang anak sulung bernama Iskandar Dzulkarnain sejak kecil sering didera oleh ayah kandung sendiri tanpa sebab. Dia tak pernah menceritakan kepada sesiapa tapi ibunya tahu dan ibulah tempa dia menjadi kuat dan menumpang kasih. Apa yang difahamkan si ayah cukup tidak menyukai Nain sebab dia ada penyakit thalassemia.
Nain anak yang bijak dan dia nekad untuk belajar jauh supaya dapat lari dari masalah penderaan tapi dia tetap risau akan ibunya dan adik-adik. Kejayaannya di dalam peperiksaan UPSR melayakkan dia memasuki asrama penuh jauh seperti yang diimpikan. Walau jauh, dia tetap pulang berjumpa keluarga apatah lagi ibu dan ayahnya sudah bercerai.
Kehidupan di asrama juga cukup menarik dengan Nain aktif sebagai atlit tapi disembunyikan dari pengetahuan ibunya kerana sebagai pesakit Thalassemia, dia tidak boleh aktif bersukan yang akan memenatkan dirinya.
Dalam alam persekolahan, terselit juga kisah cinta pelajar dan begitu juga dengan Nain tapi tidak dilafazkan mungkin kerana dia tahu, usianya tidak akan panjang
Berjumpa semula dengan si ayah, buat saya rasa risau sebab risau kalau si ayah hanya berpura-pura tapi rupanya memang menyesal. Syukur Nain dapat rasa kasih sayang ayahnya sebelum dia menghembuskan nafas terakhir.
Naim contoh anak yang baik, abang yang baik dan kawan yang baik dan pelajar yang pintar dengan kelakuan yang baik. Setiap kali sakit (demam) Nain akan selalu inginkan ibunya, ingin dekat dengan ibunya.
Fahim, kawan baik Nain yang pada awalnya tidak puashati dengan Nain, cengeng, pernah kehilangan keluarga akibat kemalangan dan bakal menjadi adik ipar Nain
Nurul Huda, crush Nain yang telah bergelar doktor juga merupakan senior kepada Dr Zulaikha masih memakai cincin pemberian Nain walau 10 tahun sudah berlalu.
Pada subuh yang membawaku pergi, Nain menghembuskan nafas terakhir di waktu subuh ketika beradi di surau bersama Fahim. Pemergian Nain memberit tamparan hebat kepada Fahim yang sekali lagi kehilangan orang tersayang.
0 Ulasan