Fixi : Bisik by Syaihan Syafiq

Fixi : Bisik by Syaihan Syafiq. Psycho thriller yang dengan tema urbanisasi. Ada kisah pengkid, gigolo, lesbian.


Informasi Buku

Bil muka surat : 295

Penulis : Syaihan Syafiq


Sinopsis


Mikael berpindah rumah selepas teman serumahnya mati terjatuh dari balkoni. Namun di pangsapuri baru, Mikael mula hilang ingatan dan didatangi BISIK yang muncul secara rawak.


Tambah mengelirukan apabila teman serumah barunya Nazzman, ialah seorang yang amat mencurigakan; biarpun tidak mempercayainya secara penuh, Mikael melihat Nazzman sebagai orang yang mampu membantu memulihkan ingatannya.


Mikael juga mula menjalinkan hubungan dengan Suraya, perempuan yang pernah menjadi kekasih bekas teman serumahnya. Namun apabila kejadian tragis menimpa Suraya, Mikael mengesyaki Nazzman sebagai dalang.


Apakah punca bisik-bisik yang mengganggu Mikael?

Dan siapakah Nazzman sebenarnya?


Ulasan

Bisik mengisahkan Mikael, seorang kolumnis yang berpindah rumah setelah kematian Amran yang jatuh dari balkoni rumah yang mereka sewa. Dia nak mulakan hidup baru dan melupakan peristiwa

Dengan bantuan Shah, sahabat sejak di uni (seorang pengkid) dan kekasihnya Julia (seorang lesbian), Mikael akhirnya berjaya mendapatkan tempat kediamannya yang baharu. 

Di rumah sewa baru, Mikael mula rapat dengan rakan serumahnya Nazzman yang muncul tiba-tiba tapi Shah dan Julia tidak pernah dapat kesempatan berkenalan dengan Nazzman walau mereka kerap berkunjung ke rumah Mikael.

Kehadiran Nazzman ni memang mencurigakan tapi lebih Mikael ni juga menyeramkan.

Mikael sering kali mengalami 'selective amnesia' atau kehilangan memori seketika. 

Ada babak Nazzman lapah mayat dan angkut mayat Suraya yang telah dipotong-potong kecil untuk dilupuskan tapi sebenarnya itu adalah Mikael. 

Pendek kata, Mikael ni memang seorang yang punya masalah mental disorder tapi punya nafsu hingga meniduri ramai wanita dan kesemua wanita yang ditidurinya akan dibunuh.

Ada flashback Mikael atau Miki ni dan kawannya melapah kucing buat eksperimen, memang rasa tak sanggup nak baca sebab mereka yang sanggup menyeksa haiwan (sedari kecil) ni memang punya masalah mental disorder yang teruk.

Jujurnya sebagai seorang yang makin tua ni, memang kalau boleh tak nak baca novel sebegini sebab rasa tak tenang tapi inilah novel Fixi kan.


Nota

Novel ni dibeli sebab nak support kawan anak yang masih bersekolah dan ingin mencarri duit poket. 

Catat Ulasan

0 Ulasan