Butterfly by Anna Lee

Butterfly by Anna Lee


Informasi Buku

Bil muka surat : 

Penulis : Anna Lee

Keluaran : 2019

Genre : Misteri

Rating : *****


Watak :

Laika, Andi, Puan Azreen, Zen


Sinopsis

~Our Dirty Little Secret~


Mengapa sebuah rahsia itu disembunyikan, adakah kerana kebenarannya menakutkan?


Hidup Laikha sangat bahagia. Punya ibu bapa yang sangat penyayang membuatkan dia tak pernah kurang kasih sayang. Namun, semua itu hilang sekelip mata hanya kerana sebuah kejadian dan sebaris kata.


Tragedi kebakaran rumah keluarganya membuatkan Laikha mula mempersoalkan kasih sayang ibu dan bapanya selama ini. Mengapa setenang itu bapanya menerima 'kematiannya'? Mengapa tiada air mata yang mengiringi 'pemergiannya'? Dan, yang paling mengecewakan Laikha, mengapa begitu mudah keluarganya menerima 'kematian' Laikha sedangkan dia yang sebenarnya masih bernafas?


Kepercayaan Laikha pada ibu dan bapanya makin terhakis apabila satu persatu persoalan mula muncul dan jawapan kepada setiap persoalan itu membuatkan Laikha mula keliru dengan realiti sebenar.


Untuk mencari jawapannya, Laikha perlu menelusuri kisah silam ibu dan bapanya yang berselirat dengan rahsia hitam.


Tetapi, mampukah Laikha menerima semuanya? Atau dia perlu terus hidup dalam kepura-puraan yang tercipta?


Ulasan

Buku ni dibeli masa PBAKL 2022 dan selesai baca pada 7 Julai 2022, cuma dalam 3 hari sebab karya Anna Lee ni memang buat kita nak tahu akhirannya.

Laikha tidak pernah tahu yang dia mempunyai seornag kakak bernama Zulaikha, malah tidak tahu kewujudannya kerana ibunya Puan Azreen menyerahkan bayi tersebut kepada pasangan yang telah kematian bayi selepas 15 tahun menanti kehadiran seorang anak

Kenapa Puan Azreen menyerahkan anak pada orang lain?

Puan Azreen terpaksa berbuat demikian kerana risau akan keselamatan anaknya kerana suaminya (Zen) tidak layak menjadi seorang bapa. Tidak sukar memberitahu kepada suaminya yang berada di London, bahawa anaknya telah meninggal dunia.

Selang beberapa bulan, Puan Azreen mengandung lagi dan bayi perempuan itu dinamakan Laikha.

Selama 20 tahun, Laikha hidup dengan penuh kasih sayang dari kedua ibubapanya tapi kejadian kebakaran rumah kediaman keluarga kecil menyingkap satu rahsia besar. Laikha disangkakan telah mati dalam kebakaran dan dia yang masih hidup bingung kerana kematiannya seakan disukai oleh si bapa.

"Biarlah. Itu yang terbaik untuk dia." itulah yang Laikha dengar dari mulut babahnya yang menjadikan Laikha keliru dan sedih. Babah yang sangat dia sayangi dan hormati, seperti tidak peduli dengan kematiannya.

Satu mayat dijumpa di dalam rumah yang terbakar, tapi mayat siapa sebenarnya, sedangkan Laikha masih hidup. DNA juga sama dengan Laikha!

Laikha ni seorang gadis yang misteri ni suka bersendirian hingga dipanggil weirdo di kolej. Dia kemudian diselamatkan oleh Andi, kiranya macam crush dia. Apa yang menimpa Laikha membuatkan hubungan dengan Andi menjadi rapat dan mereka bersama-sama bongkar misteri demi yang belenggu hidup Laikha.

Rasa lega dengan watak Andi yang sangat baik hati dalam membantu Laikha dan pastinya sangat hensem sebab tu jadi idaman ramai wanita di kolej. Dan dia pun kaya juga serta punya ibu bapa yang baik. 

Plot twist cerita ni memang terbaik dan rasa ingin tahu kesudahan tu membuat kita nak je habiskan novel ni dengan cepat tapi sangkaan tentang kenapa dan mengapa tu tidak tepat. Haha.

Kebakaran menjadikan titik tolak perubahan dalam hidup Laikha dan satu demi satu rahsia terbongkar.

Secara jujurnya, kita sering kagumi seseorang yang nampak sempurna tapi kita tidak tahu apakah rahsia yang disembunyikannya begitu juga halnya bila Laikha mendapat diairi Puan Azreen, satu demi satu rahsia terbongkar.


“Itulah kehidupan. Tidak semua persoalan akan terjawab dalam masa yang sama. Kesemuanya memerlukan masa”. — “Tidak semua persoalan memerlukan jawapan. Kadang-kala, ada persoalan yang harus dibiarkan tanpa jawapan. Mungkin itu yang terbaik. “

Catat Ulasan

0 Ulasan