Novel Fixi Kacau By Ariff Adly
Informasi Buku
Tajuk : Kacau
Genre : Thriller
Penulis : Ariff Adly
Bil mukasurat :
Rating : *****
Sinopsis
“Syira? Syira! Ajim, mana Syira?!” teriak aku.
“Dia ada sebelah aku tadi, tapi lepas blackout tu aku…” Al terhenti. Matanya memandang ke atas. “Oh my god!! Sana!” Al menunjuk ke arah Syira yang sedang bergayut pada lampu chandelier, masih cuba memanjat.
“Someone do something! Bawak dia turun! Fiq! Jimie!” Al yang biasanya tenang dalam semua perkara semakin hilang identitinya.
Fiq berlari ke arah Syira dan menariknya dari bawah.
“Hahahahahahahahahahaha!” Syira mengilai melihat Fiq yang terkial-kial menarik kakinya. Aku turut cuba menghulurkan bantuan, tetapi usaha yang dilakukan seperti tidak memberi apa-apa impak.
“Fiq, on three. Kita rentap sama-sama!” cadang aku.
“Okay!”
“One, two… three!”
Komen
Seriously memang rasa lega bila Jimie dah mula bersolat dan mengharap Jimie, Amat, Al dan Syira akan selamat bila mereka berubah dan kembali sujud padaNya tapi sayang sekali mereka ini mati dalam keadaan lalai.
Ulasan Dari Goodreads
Kacau mengisahkan tentang 6 orang sahabat yang suka melakukan aktiviti paranormal - mereka suka cari hantu. Nak dijadikan cerita, suatu hari mereka pergi ke sebuah bangunan tinggal di Seremban, kata Fiq, di situ port banyak jin bertendang. Masa dalam bangunan ni, mereka main Spirit of the Coin seperti yang dicadangkan oleh Amat, yang sebenarnya bukan Amat, tapi hantu yang menyamar sebagai Amat. kiranya Amat memang tak involve lah dalam game ni. Seperti biasa, bila bermain janji dengan syaitan ni, ada je putar belit nya. Enam orang sahabat ni telah melanggar janji. Bermula daripada itulah, mereka mula diKACAU sehingga mati (kecuali Amat).
Haaa dari satu kejadian ke satu kejadian, aku memang tak sabar-sabar nak tahu kesudahannya.. Selamat kah mereka? Bagaimana berakhirnya jalan hidup mereka.. Tragis ke? Pelbagai persoalan bermain difikiran aku.. Mood seram sentiasa on.. Tak pernah Off..
Diakhir cerita, barulah tahu punca sebenar kejadian yang mereka alami.. Betul-betul tak sangka.. Sebenarnya bukan dari permainan Spirit of the coin puncanya tetapi ada sebab lain.. Itu sekadar sebagai asbabnya sahaja.. Mungkin ada la sedikit sebanyak punca dari permainan itu tetapi punca sebenar adalah lebih dasyat..
Apakah puncanya yang sebenar? Ada atau tidak antara mereka yang terselamat? haaa aku cuma boleh cakap, novel ni best.. Seram.. Ngeri.. Mendebarkan.. Memang tak rugi aku beli dimana pada awalnya aku sangat was-was nak beli novel Kacau ni takut aku kecewa dengan jalan ceritanya.. Ternyata ianya memberi satu pengalaman yang mendebarkan dan menyeramkan sepanjang aku melangkah dari satu plot ke satu plot yang lain.. Korang wajib beli dan baca weh!!
****************
Banyak novel yang aku baca aku akan beri 4 bintang.. Sebabnya setiap novel yang aku beli aku akan pastikan review dari pembaca lain gempak dan menarik baru aku beli.. Kalau review suam-suam kuku memang aku tak beli la.. Buat bazir duit aku jerk.. Haha!!
Untuk Kacau ni aku boleh bagi 4 setengah bintang sebenarnya.. Aku suka jalan ceritanya dan penceritaannya lancar dan tanpa gangguan lain seperti typing error dan sebagainya..
Bagi korang yang suka novel genre seram, bolehlah baca Kacau sebabnya korang pasti akan merasakan keseramannya sepanjang membaca novel ini.. Silap hari bulan korang tak boleh tidur dek kerana rasa ada yang memerhati.. Bagi yang tak berani tu, korang fikirlah banyak kali dulu ye untuk baca novel ni.. Haha!! Nak selamat baca siang weh!! Kiki...
Dalam novel ni ada la juga diselit kisah cinta antara mereka.. Ada jugak cinta tak kesampaian sebabnya tak sempat luah dah menemui ajal..
Apa-apa pun, tahniah buat penulis kerana menghasilkan karya yang ohsem cenggini.. Lain kali please hasilkan lagi ye Encik Ariff Adly.. Saya nak baca lagi.. Haha!! Aku doakan penulis sentiasa dilindungi olehNya dan diberi kesihatan yang baik supaya dapat menghasilkan novel yang lebih BEST lagi... Ahakz..
*****************
Rata-rata kematian yang digambarkan oleh penulis amat ngeri dan menyeramkan. Rasanya tak perlulah aku describe kat sini. Banyak jugak part seram dan agak disturbing (bagi akulah), contohnya, part Shida menyanyi lagu Ulek Mayang (ada lirik okay) sambil menari-nari, part makan KFC - yang ni bulu roma aku meremang.
Penulisan buku ni agak sempoi, menggunakan bahasa remaja zaman sekarang (iya kot?), banyak carut and so on. Asal terkejut dek hantu je mencarut. Nak marah pun carut. Watak-watak dalam novel ni juga adalah watak remaja yang bebas kehidupannya - tak mempraktikkan agama sangat. Review dari goodreads pun ada yang tanya "kenapa tak panggil ustaz halaukan hantu tu?" Yah. Lifestyle mereka tak ada unsur kemelayuan dan keislaman sangat.
For those yang suka cerita seram, ngeri, misteri dan seangkatan dengannya, you should read this. Tapi make sure kau seorang yang open minded dan berfikiran matang. Remaja bawah umur tak digalakkan untuk membaca buku ni. Takut tak tahu nak ambil yang mana yang baik, yang mana tak.
Pesan aku, pergi mana-mana jangan lupa bawak telefon or at least informlah kat siapa-siapa kau nak pergi mana, Okay hahhahhaahhaha.
0 Ulasan