Cintaku Bukan Murah By Aleya Aneesa | Kisah sahabat yang berkahwin dan bahagia tapi rumahtangga tergugat bukan kerana orang ketiga tapi kerana si adik yang mengada dan kerenah si datuk bekas pegawai tinggi tentera


Cintaku Bukan Murah By Aleya Aneesa


Novel : Cintaku Bukan Murah

Penulis : Aleya Aneesa

Bil Mukasurat : 700

Rating : 5*


Sinopsis Novel Cintaku Bukan Murah By Aleya Aneesa

Bagi Nadra, jadi isteri Raqib tidaklah sesusah mana. Tak perlu dilayan macam putera raja. Makan disuap tidur didodoi pun tidak. Pendek kata, Raqib memang suami yang sempoi. Yang sukarnya bila jadi cucu menantu bekas Leftenan Kolonel Tuan Haji Yunus. Tak habis-habis mengungkit, kononnya, dia tak pandai buat air kopi. Badannya macam papan lapis dan muka pula pucat tak berdarah. Sabar sajalah...


Dan yang lebih payah, bila jadi kakak ipar Idlan. Umur baru 16 tahun, kerenahnya sangat menyakitkan hati. Sungguh, Nadra buntu! Apa lagi yang tak kena dengan Idlan? Maka berperang psikologilah antara kakak ipar dan adik ipar. Kejap-kejap hati Nadra dilapah Idlan. Kejap-kejap, hati Idlan pula yang dicelur. Si datuk, sesekali jadi nasi tambah. Namun perang mereka, perang mulut. Tak ada senjata, tak ada yang cedera tapi bisanya tetap tusuk sampai ke hati.


Soalnya, siapa yang menang? Nadra, Idlan atau Tuan Haji Yunus? Dan Raqib... harus berpihak pada siapa? Bagi Nadra, dia tidak meminta yang lain. Hanya secebis kasih Idlan dan simpati Tuan Haji Yunus yang sangat mahal, sama macam harga cinta Raqib. Sama ada murah atau mahal, Nadra harap cinta itu jadi miliknya! 


ULASAN / KOMEN

Raqib Anaqi sememangnya abang yang baik apatah lagi dia mengambil tanggungjawab setelah kematian kedua orang tuanya dan menjaga si adik, Idlan yang boleh buat kita sakit hati dan menyakitkan hati. 


Mujur juga Nadra seorang yang penyabar dan sentiasa mengalah dengan Idlan tapi paling tak tahan dengan perangai si datuk yang tidak menyukai Nadra. Maklumlah bekas tentera berpangkat, memang la sangat cerewet. Nadra pula lembut orangnya dan dalam mengalah tetap cuba mendapatkan haknya tanpa perlu menggunakan kekerasan.


Memang geram sebenarnya dengan si Idlan tu yang macam budak kecil walhal sudahpunn bersekolah menengah tapi siapa tak cemburu bila si abang sudah punya isteri.


Watak Raqib ni memang boleh buat pembaca jatuh hati, penyabar walau barannya tetap ada. Kasihnya pada Nadra, sahabat yang telah menjadi isterinya pun cukup sweet tidak terlampau.


Saya bagi 5 bintang untuk novel ringan dan