" Kalau cinta ini asid, larutlah aku merinduimu. "

Cinta itu mana boleh dipaksa. Ditolak, pasti jatuh. Dibuang, pasti sakit. Bagi Hadif Imran, cinta boleh ditangguh sehingga satu detik yang pasti. Dia sudah dewasa, biar dia yang menentukannya. Perisa vanila, coklat atau strawberi... itu haknya.


Novel Cinta Perisa Dia

Bil Mukasurat : 480 

Prnulid : Lynn Dayana

Terbitan :  ALAF 21

Tahun : 2012


Bagi bonda, dia mahu menantu. Bonda impikan cinta berperisa iman, bersalut takwa dan dihiasi kasih sayang untuk anaknya. Hadif jadi risau bila bonda sudah naik angin! Bagaimana kalau yang dipilih bonda berwajah ratu, berlesung pipit, tetapi sengau? Atau pandai mengaji, mahir memasak, tetapi rongak giginya? Hadif buntu, bonda naik hantu! Cinta berperisa apa agaknya di akhir cerita?

Rancangan Mencari Menantu bonda rancangkan bersama TV9. Hadif resah dan kecut perut melihat calon menantu bonda. Ada yang terlebih manja, ada yang garang menggoda dan ada yang bahaya untuk dimiliki! Ketar di kaki dilindungi dengan senyuman. Bonda merencana, Hadif susun strategi. Namun kalau sudah cinta... jodoh datang juga tanpa dipaksa.


Ulasan Peribadi

Seronok baca e-book ni sebab guna hp di hujung jari, sentiasa sempat untuk dihayati.


Plot cerita yang ringkas, tapi cukup menarik, mudah dihayati sampai terasa macam menonton rancangan realiti di tv. Ahh terbawa-bawa dengan penceritaan si penulis, mujur tak dibawa ke dalam mimpi.

Watak-watak Hadif, Fiqry, Darwis, Diana, Mala dan Ayumi memang boleh buat saya tersenyum 

Menariknya tema kasih sayang bukan hanya pada anak dan keluarga sendiri tapi kasih sayang sesama anak yatim. Sifat pengasih seorang ibu  dalam kerektor bonda dan jugak Hadif. Saling menyayangi antara bonda dan Hadif. 

Kasih sayang sesama sahabat, seperti persahabatan antara Mala yang sentiasa ceria dan Ayumi. 

Sambal belacan versi Mia Sara - Ladanya seperti dimamah kuda. Sambal belacan gaya Utara.

Sambal belacan versi Qurnia -  Lada dipotong dadu, diletakkan bawang dan kicap.


Bonda mengatur Rancangan Mencari Menantu kerana risau bila Hadif Imran telah menjejak 35 tahun, rancangan yang cukup menakutkan Hadif. Alasan takut imejnya sebagai penyanyi pujaan ramai terjejas, langsung tidak mampu mengugat keputusan bonda yang nekad mendapatkan jodoh buat si anak. Rancangan diteruskan dengan bantuan Fiqri dengan  21 calon telah tersenarai dan hanya 8 sahaja yang telah dipilih untuk ke pusingan seterusnya. Calon dari pelbagai latarbelakang antaranya ustazah, model, pemilik kedai bunga, guru tadika, lulusan luar negara, aerobic instructor, penulis skrip dokumentari dan tukang cuci. Siapa yang berjaya menambat hati Hadif?

Pertandingan diadakan bermula dari membuat sambal belacan hingga ke 3 peserta terakhir yang dapat meluangkan masa berdua bersama Hadif. Pertama, Mia Sara, model angkuh telah lama menyimpan perasaan untuk berdamping dengan Hadif dan berpura-pura baik untuk mengambil hati bonda. Dia sebenarnya  ingin menumpang populariti Hadif. Kedua, Intan Zarifa, ustazah yang sentiasa berfikiran positif dan mampu menarik perhatian sesiapa sahaja dengan tingkah laku dan keperibadian yang baik. Ketiga, Ayumi, gadis yang misteri dan berusaha mengatur rancangan untuk tidak dipilih sebagai calon isteri Hadif.

Siapa Ayumi yang sebenar? Walaupun berusaha untuk menolak kebenaran, tapi siapa kita untuk menidakkan ketentuan DIA. Fiqri memilih Diana. Siapa Diana? Ada benda yang tidak disangka akan terjadi. Wujudnya Sulaiman dalam kamus hidup Intan. Kedatangan Lana untuk mencari Ayumi rupa-rupanya dengan niat untuk membunuh. Kenapa Lana membenci Ayumi?

Nak tahu siapa yang jadi pilihan hati Hadif? Intan atau Ayumi? 

Di akhir kisah, cinta perisa dia adalah cinta berperisa iman, bersalut kasih dan dihiasi taqwa menjadi pilihannya

Kalau anda pernah membaca novel Lynn Dayana, mesti akan jatuh hati dan membuat anda tergelak, tersenyum