Novel Awak Pengantin Saya by Ainul Hazrah | Semasa proses mengemaskini dan menyusun novel-novel ni baru saya perasan, yang ada 2 buah novel ni dalam simpanan. Entahlah mcm mana boleh terbeli. 



Awak Pengantin Saya by Ainul Hazrah


Sinopsis Novel Awak Pengantin Saya by Ainul Hazrah

 

Manja, sengal, tidak tahu membuat kerja rumah dan suka menyuruh orang mendenda diri sendiri, itulah Nurul. Jangankan hendak buat kerja, makan pun kadang-kadang masih bersuap!

Bagi mengelak dikecewakan oleh Fadzley, Nurul telah telah dipaksa bernikah dengan Fandi yang digelarnya ‘Keropok masuk angin'. Penampilan Fandi memang selebet, tetapi ada sesuatu yang menarik cuba disembunyikan.

Bila Nurul cuba membuat kerja, banyak perkara yang tidak diingini berlaku. Gosok baju, baju boleh terbakar. Bila memasak, terpercik minyak. Bahkan menjerang air pun sampai penuh satu cerek.

Nurul yang malas bangun pagi begitu menguji kesabaran Fandi. Namun, dia terpaksa hadapi kerana berpegang pada amanah.

ULASAN

Memang geram dengan Nurul yang serba serbi tidak tahu dan kebolehan tahan yang cukup teruk hingga tak tahu nak buat kerja rumah pun. Geram bila si abang pulak yang terlalu memanjakan si adik. Memang baca novel ni dengan rasa stress betul.

Ada ke orang seperti Nurul dalam dunia ni?


Berbalik pada novel ini yang mengisahkan kehidupan Fandi yang mengahwini Nurul dan betapa penyabarnya Fandi dalam menghadapi karenah mengada terlebih Nurul ni. Mengada tahap hingga ada orang tolong buangkan tulang ikan atau kulit udang malah makan bersuap pulak tu . Cukup tidak boleh berdikari tapi pandai pulak bercinta.


Memang tahan sabar dengan Nurul ni tapi penulis perlahan-lahan berjaya membina sebuah jalan cerita yang menarik. Cukup bersahaja. Tidak terlalu berat dengan emosi.


Perkahwinan bukan atas dasar cinta atau suka sama suka tapi Fandi mengahwini Nurul atas permintaan kawannya Luqman yang merupakan abang Nurul



Novel ini berjaya melakarkan maksud kasih sayang dan kekeluargaan dengan baik menerusi watak-watak yang ada di sekitar Fandi dan Nurul. Awak Pengantin Saya, sebuah novel cinta yang bagus daripada penulis. Tahniah buat Ainul Hazrah!




Kesimpulannya walaupun perkahwinan berlaku tanpa ada rasa sayang dan cinta tapi bila ianya ikhlas, pasti akan berakhir dengan kebahagiaan.  Kebahagiaan tidak datang sekelip mata, perlu ada kesabaran dan tidak jemu mengajar selain kedua pasangan perlu belajar menyesuaikan diri dan menerima pasangan seadanya.


Dugaan bagi pasangan yang bukan mencintai sesama ini memang cukup menyesakkan apatah lagi bila pasangan yang dikahwini tidak kacak dan langsung tidak bergaya, ditambah dengan terpaksa mengikut si suami dan tinggal di kawasan yang asing dan sunyi.



Nota : Seperti biasa novel ni dah lama habis dibaca tapi tiada kesempatan untuk berkongsi di sini