Novel Jika Aku By Anna Lee | Apakah kita akan gembira dan suka bila kita boleh membaca fikiran orang lain? Mungkin ya pada awal menggunakan kelebihan tapi lama kelamaaan kita akan rasa rimas, rasa tidak tenang dan hidup penuh curiga bila setiap hari kita boleh membaca fikiran orang lain. Betul kan?
Inilah kisah Teja Citra, seunik namanya dan cukup unik hidupnya.
Title: Jika Aku
Penulis: Anna Lee
Bil mukasurat : 341
Publisher: Prolog Media
Publication Date: Mei 2017
Teja Citra, gadis mind reader yang menjalani rutin hidup biasa-biasa tanpa sahabat. Setiap hari Teja akan berulang alik ke tempat kerja (sebuah kedai buku) kepunyaan Puan Lola dengan menaiki KTM. Setiap hari Teja akan memasang earphone supaya tidak tidak mendengar fikiran orang lain.
Tapi segalanya berubah bila dia sering terserempak dengan seorang jejaka kacak yang dia tidak boleh baca fikirannya. Dia jadi ingin tahu dan apabila dia dapat membacanya di jejak kacak bernama Maliq, rutinnya terus berubah.
Baca : Cinta Itu Gila
Tindakan ingin menyelamat, hingga membuatkan Teja menyewa di kawasan apartmen yang sama dengan Maliq dan tindakannya mendapat kebenaran Pak Longnya yang bisu. Tindak tanduk Maliq diperhati dan akhirnya Teja dan Maliq berkawan. Terungkai persoalan tentang gadis yang ingin dibunuh Maliq yang didengari Teja, yang sebenarnya adalah skrip yang sedang dibuat Maliq. Betul ke?
Saya dapat membayangkan betapa sweetnya Teja dan betapa kacaknya dan stylo si Maliq dan boleh dapat bayangkan bibit-bibit cinta yang terbit.
Tapi kejadian Teja ditahan pihak berkuasa di airport kerana dikatakan mencuri passport serta tiket penerbangan orang lain membuat hati saya geram dengan Maliq yang hilang lesap. Sesi soal jawab di pusat dimana Teja dikurung cukup membuat rasa geram dan simpati dengan Teja yang seakan dimanipulasi yang Pak Longnya sudah lama mati dan Puan Lola adalah ibunya.
Baca : Aku, Dia Dan Pinky Promise
Teja kemudiannya jalani kehidupan baru dalam suasana baru dan bekerja di tempat baru. Disini muncul Aidan yang mirip Maliq tapi malang sekali dia adalah tunangan Gina, bos Teja.
Kejadian Teja diculik dan disiksa membuat saya geram dengan Aidan (Maliq) kerana dia menyeksa Teja sepertimana diarahkan oleh organisasi yang dianggotainya. Organisasi yang mencari orang istimewa seperti Teja, yang boleh membaca fikiran orang lain.
Watak Duta pun cukup menarik dengan sifat seorang penjaga yang memerhati untuk memastikan Teja selamat pun cukup sweet dan sungguh protective. Duta hadir untuk menyelamatkan Teja.
Bak kata orang, kalau dah sayang seseorang itu, kita akan berbuat apa saja untuk melindunginya walau terpaksa berpaling tadah dan terpaksa menyeksa orang yang disayangi bagi melindungi.
Hanya kebenaran jalan keluarnya
Rating : *****
Sinopsis Novel Jika Aku By Anna Lee
“Jika Aku mind reader, adakah ia satu keistimewaan atau ketulahan?”
Teja, gadis mind reader yang terpaksa memecilkan diri kerana kelebihan itu membuatkan dia takut hendak mendengar setiap pemikiran orang lain yang ada saja menyakitkan hati.
Sehinggalah hatinya terpikat pada seorang jejaka. Jejaka yang penuh misteri dan sering menimbulkan tanda tanya. Tetapi, demi untuk tidak mengecewakan diri sendiri, cukup dia meminati lelaki itu dari jauh.
Namun, lain yang dirancang lain pula yang terjadi. Demi menghalang sebuah jenayah berlaku, Teja terpaksa mendekati lelaki itu. Sudahnya, kehidupan Teja yang menjadi huru-hara. Semakin dia mengenali lelaki itu, dia semakin keliru.
Ada rahsia disembunyikan. Ada rahsia perlu dirungkaikan.
Antara realiti dan ilusi, yang manakah kebenarannya? Yang pasti, dia perlu cari kebenaran itu.
Kerana... Hanya kebenaran jalan keluarnya.
"Eleh, macamlah dia tu lawa sangat. Sempat aku menjeling ke sebelah. Emm...okey, dia memang lawa. Tapi... lawa kan subjektif. Mungkin bagi aku minah sebelah lebih lawa, tapi bagi si dia, aku lebih lawa... hee... okey, cukup Teja! Cukup. Aku geleng kepala. Kembali menatap skrin telefon bimbit."
Komen
Entahlah saya membaca novel Anna Lee sambil tersenyum sebab susun atur penulisan Anna Lee ni cukup menarik dan situasi yang digambarkan tu seakan situasi yang pernah kita semua alami seperti memandang penumpang dalam pengangkutan awam, tersuka bila acap kali berjumpa dan kita berkata-kata dalam hati.
Banyak plot twist dalam sepertimana naskah si penulis seperti Aku, Dia Dan Pinky Promise namun ada persamaan dalam bab ilusi/fantasi tapi novel ni bercampur thriller.
Umpama menonton movie Hollywood dengan konspirasi pelbagai pihak berkuasa mahupun puak yang bertentangan yang memburu manusia yang punya kebolehan unik, manusia yang istimewa
Nak marah pun ada sebab penulis ni meragut perasaan saya tapi overall memang terbaik. Tahniah untuk penulis.
0 Ulasan