Novel Halusinasi by Jessy Mojuru | Baru tahu yang Jessy Mojuru antara penulis novel thriller dan ini adalah kali pertama membaca novel nukilan beliau.


Dah lama beli buku ni sebelum PKP lagi tapi tak sempat nak buat ulasan sampai dah hampir lupa. Bukan novel ni saja tapi banyak lagi, maklumlah asyik baca novel back to back sebab keghairahan membaca ni ni boleh buat kita lupa makan juga tapi tak boleh buat saya kurus.hahaa

"Aku bagai bayang-bayang... Ke mana jua kau pergi, aku akan mengekori."



Tajuk : Halusinasi

Penulis : Jessy Mojuru

Bil mukasurat : 744


Sinopsis Novel Halusinasi By Jessy Mojuru

Maya begitu teruja menukilkan karya mistik. Bab demi bab dikarang dengan penuh penghayatan. Kisah misteri yang melibatkan sebuah kemalangan ngeri tiga buah kereta.

Sepanjang menyiapkan karya itu, dia sering disergah lembaga berkelubung. Ada sahaja mahkluk yang menakutkan datang mengganggu. Banyak perkara pelik berlaku kepadanya. Fikirnya, itu cuma halusinasi.

Dia juga didatangi suara tanpa wajah yang mahukan dia menyelesaikan sesuatu yang dia tidak tahu. Sedangkan dia menyangka sedang berimaginasi dengan watak-watak dalam karyanya. Tanpa disangka, segala yang tercoret dalam karyanya benar-benar terjadi! Malah rentetan daripada malapetaka itu, seorang demi seorang kenalannya mati!

Maya bingung. Dia cuma novelis. Benarkah dia sekadar berhalusinasi? Dan apa sebenarnya yang suara tanpa wajah itu mahu daripadanya? Selagi dia tak merungkai kemelut ini, selagi itu dia terus dihantui.


Review/Pandangan/Pendapat

Huh penat baca novel 747 mukasurat ni dengan kecelaruan ayat tapi bila baca sinopsis belakang tu saya tolak tepi dan terus membaca hingga tamat.


Memang pertama kali membaca novel dari penulis ni tapi sebab tajuk dan sinopsistku gagah juga.


Maya, seorang penulis novel yang dalam usah menyiapkan sebuah penulis berunsur mistik, namun penulisannya benar-benar terjadi. Suara-suara halus, watak-watak misteri serta beberapa kisah kematian membabitkan mereka yang dikenalinya.


Cukup menarik jalan ceritanya tapi agak celaru di awal pembacaan novel ni.


Saya jadi confuse bila ada watak yang telah mati tidak sedar mereka telah mati dan hendak dibunuh lagi. Juga mungkin penulis adalah peminat Harry Porter hingga ada beberapa adegan dalam banglo seakan cerita dalam Harry Porter.


Rupanya Maya si penulis sedang koma akibat kemalangan dan apa yang berlaku adalah halusinasinya sahaja.


Pada pendapat saya novel ini tidak perlu terlalu tebal dan penamatnya sangat drastik dan mengecewakan saya dan mungkin pembaca lain. Jessy Mojuru punya kebolehan dalam novel sebegini tapi perlu perbaiki pengunaan ayat dan gaya bahasa supaya novel sebegini akan buat orang lebih layan membacanya.


Rating : ****


Komen di Goodreads

Husna Rosli rated it it was ok 

Buku Jesse Mojuru pertama yang dibaca. Expectation agak tinggi pada buku ni sebab nama penulis famous sebagai antara penulis seram top Karangkraf kan.


WRITING.

Masalah pertama masa baca buku ni adalah dari segi writing. Mula-mula sekali, agak terganggu dengan penggunaan aku-awak. Tak natural. Penulis patut pilih samada nak gunakan akü-kau ke saya-awak.


PLOT

Penyusunan plot agar berterabur. Ingatkan FIXI je rasa serabut bila baca. Tapi novel ni fuhh. Berganda lagi serabut sebabkan banyak sub-plot ya ...more


Inn Auni

Tebal ya amat buku ni untuk genre bukan romantik. Mungkin sebab watak-watak pembantu yang ramai kot. Sebenarnya saya dah tahu spoiler buku ni sebelum baca lagi. Biasalah bila dapat kawan over excited sampaikan semua dia nak cerita. Jadi saya akui saya banyak skip helaiannya. Sampai ke babak di banglo barulah saya tumpu. Itupun ada sedikit rasa lucu. Macam babak dalam Harry Potter pun ada.

Saya suka buku yang dalamnya ada cerita lain. Kiranya dalam buku ni kisah Maya sebagai penulis yang sedang me ...more


Amalia Masrom

Amalia Masrom rated it it was amazing

Tahniah untuk diri sendiri sebab berjaya habiskan buku ni kurang dari 24 jam. Weehooooo!

Baca buku ni, buat aku tak boleh nak stop. Malam tadi pun, cuma tidur 3 jam dan sambung baca balik buku ni. Jalan cerita dia yang bersimpang siur, dan persoalan yang tak terjawab sejak dari awal membaca, buat aku tak senang duduk.

Kisah berkisar pasal Maya seorang penulis novel cinta dan ingin menulis sesuatu yang lari dari kebiasaan. Dia memilih tema thriller. Semuanya bermula bila dia dapat mimpi pelik, mend ...more


Farhanah Atiqah

Shelves: books-i-own, mixed-feelings, misteri

Menarik.Penulis memiliki imaginasi yang tinggi.Tapi saya tak puas hati sangat dengan pengakhiran cerita watak-watak tambahan.Kalau boleh,saya nak tahu lebih lanjut tentang mereka.


Khairul Azlan

tak best..cerita banyak sangat berimiginasi Dan plot cerira yg tak bersusun


Sha Mohamed

Seriouslly ohsem..

Misteri dalam misteri...

Yang manakah realiti?? Memang kena baca sampai habis..

Ending dia agak sedih...