Kerana Terluka By Aida Adriani

Kerana Terluka By Aida Adriani

Novel : Kerana Terluka | Penulis : Aida Adriani | Bil mukasurat : 523 | Rating : ***


Sinopsis Novel Kerana Terluka By Aida Adriani

NUDRA HANEEM... hidupnya sering saja diduga. Bahagia baginya bagaikan bintang yang bertaburan di langit; indah tetapi tidak tergapai dek tangan. Sedari kecil hidup tanpa kasih sayang ibu dan ayah, sekadar menumpang kasih orang dan bila dewasa, kasih dan cintanya diuji lagi.

Kehadiran ISKANDAR memberikannya kebahagiaan di saat diri memerlukan perhatian. Namun, rahsia keluarga yang tersimpan sekian lama telah menguji kasih Iskandar padanya. Antara kasih ibu dan kasih kekasih, yang manakah harus dikorbankan? Demi maruah, demi agama, sanggupkah cinta jadi taruhan.

"Cinta bukan matematik, Nudra.

Satu cinta bahagi dua bukannya setengah."

"Saya juga bimbang Is,

kalau kekuatan saya hilang dalam keadaan payah begini."

Bukankah cinta memerlukan pengorbanan? Ahh.. tetapi tidak selamanya hati teguh andai cinta terus-terusan diuji. Sekali terluka, parutnya tinggal sampai bila-bila. Lalu, apa lagi yang terbaik selain nekad mengikut kata hati? Kerana... itu adalah lebih baik daripada merelakan diri hidup bahagia dalam kepura-puraan! 


Komen di Goodreads


Aug 07, 2015 Faiz Md rated it really liked it
Suka dengan cara penulisan Aida Adriani yang benar-benar tebal dengan nilai-nilai kekeluargaan dan ke-Melayuan. Aida Adriani bukan novelis yang sewenang-wenangnya mengikut arus Barat mahupun Korea. Kalau siapa yang masih ada jiwa Melayu yang gemar pada kisah-kisah cinta yang 'stereotaip' (in a good way) dan ramai watak2 kekeluargaan, Aida Adriani ialah pilihan yang tepat. Suka dengan watak antagonis Wan Anum Sophia yang begitu lain daripada lain kerana wanita tua itu penuh dengan kelas dan reput ...more



May 08, 2016Natasya Wiah rated it did not like it

I just don't like this book. I don't like how stupid the character in this book, annoying, and dumb especially Nudra.