Novel Aku Bukan Mistress by Acik Lana | Mengisahkan Mya yang berubah setelah sekian lama bergelumang dalam menjadi perempuan simpanan kepada Mikhail.  Memang tidak mudah bila dia ingin berubah menjadi baik dan akhirnya dia nekad menoktahkan kehidupan penuh dosa. 


Aku Bukan Mistress by Acik Lana

Sinopsis Aku Bukan Mistress by Acik Lana

Dua tahun menghambakan diri di dalam penjara yg dibina oleh Mikail dgn bertemankan dosa, Mya mula mencari arah hidupnya. Kehadiran Adam yg kejam, Shamil yg menagih janji silam, Suzanne yang menyakitkan hati dan Datin Adiba yg sinis membuatkan hidup Mya semakin sempit. Sikap Mikail yang semakin aneh dari sehari ke sehari membuatkan Mya keliru. Dlm resah ada debar, dlm benci ada rindu, dalam marah ada tenang... Mikail mendera hati dan perasaannya.

Sampai kemuncaknya, Mya tekad. Dia mahu menoktahkan semua catatan noda dan dosa dalam diari hidupnya sebagai seorg perempuan simpanan, tapi bagaimana? Kaki ingin berlari menjauhi Mikail, tapi hati mengikat janji secara sembunyi.

Mengapa membina harapan jika penghujungnya tidak seindah impiah? Dan... cukupkah tempoh dua tahun un
tuk memastikan debaran di hati mereka melagukan rentak yg sama?



KOMEN DI GOODREADS 


Nov 9, 2011 Gobokairina rated it really liked it

Ini kisah yang menarik perhatianku sebaik sahaja membelek helaian pertama. Kelainan yang dibawa oleh penulisnya memang mengujakan. Malah jarang sebenarnya watak-watak utama yang mempunyai sisi hitam diterjemahkan dengan baik dalam sesebuah novel. Tajuk ABM sudah menggambarkan isi cerita novel ini. Jadi seeloknya novel ini dijauhkan daripada mereka yang berusia 18 tahun ke bawah.

Mya Arlissa punya nama indah yang tak seindah kisah hidupnya. Terperangkap dalam dunia kotor itu bukan kehendak hatinya tetapi apakan daya. Mujur ada sang penyelamat, si ‘hero’ yang muncul dalam kelam. Tetapi siapa sangka, Mikail sama saja seperti yang lain, hidup bertunjangkan nafsu dunia.

Hampir dua tahun bersama-sama Mikail, Mya mula menyedari sesuatu. Apatah lagi dengan kematian neneknya, umpama satu wake up call buat Mya. Sudah terlalu lama bertemankan dosa, apakah ada jalan pulang buatnya? Di saat ini, Mya mula berubah, menjauhkan diri daripada Mikail. Dia perlu mencari arah hidupnya kembali.

Namun bagi Mikail, bukan senang untuknya melepaskan Mya. Dia tak mahu teman lain selain Mia. Ego tingginya dibuang begitu saja bila Mya bertekad untuk pergi daripada dunia palsu mereka. Dia akur yang dia kini sudah jatuh cinta pada perempuan yang di’bela’nya. Pelbagai cara dilakukan untuk memenangi hati Mya semula.

Untuk membina kembali hubungan baru antara mereka bukan mudah. Kehadiran Adam yang kejam, Shamil yang tiba-tiba hadir menuntut janji dan Suzanne yang menyakitkan hati benar-benar menyukarkan hidup Mya. Apatah lagi dengan penolakan Datin Adiba; ibu Mikail yang begitu membenci perempuan seperti Mya. Apa kesudahan kisah Mya dan Mikail? Berjayakah mereka membina semula hubungan yang direstui dan halal di sisi agama? Mari saksikan dalam kisah ABM ini.

Pujian memang harus diberikan pada Acik Lana kerana menjanjikan sesuatu yang berbeza dalam kisahnya ini. Aku juga harus memuji cara penulis ‘memutihkan’ kembali watak Mya dan Mikail. Kredit kepada Kaki Novel juga kerana membawa variasi dalam novel-novel keluarannya, bukan lagi santai tetapi sudah ada novel yang disampaikan dalam nada berat dan dramatik.

Setiap manusia itu diberi pilihan. Memilih jalan putih atau kekal bergelumang dalam dosa. Dan bila saja pilihan dibuat, kita harus menempuh segala yang merintanginya. Suka dan duka itu rencahnya. Lived with bless guys~ 


Oct 28, 2013kuzzeen rated it it was ok

Sejujurnya.. aku agak sensitif bila disogokkan dengan watak2 pendosa dalam sesebuah novel.

(for me) penulis perlu bijak 'memutihkan' watak2 sebegini. Semestinya penulis perlukan ilmu yg penuh di dada sebelum memilih lakaran yang menjurus ke arah ini. 'Turning point' perlu jelas dan tegas. Bukan maksud untuk mentranformasikan sesebuah naskah sebagai 'islamic novel', tapi penulis perlu sedar betapa beratnya beban yang digalas semasa menggarap sesuatu ...more
flag13 likes · Like  · see review
Don ツ 

Jun 02, 2014Don ツ rated it liked it
Shelves: bacaan-bm, mine
This review has been hidden because it contains spoilers. To view it, click here.



Oct 16, 2013Nonieღserenity2bliss rated it really liked it
Shelves: malay-novel, favourite
Announcement before review: N nak jual buku ni for RM9. Pada sesiapa yang berminat, boleh lar PM :)

Bestnyer citer ni! Hati N sangat tersentuh membaca kisah hidup Mya. Nama dan rupa parasnya menawan, tapi kisah silamnya penuh dengan cacian dan tomahan.

Mikail, seorang lelaki kacak dan kaya dan boleh dikatakan obses dengan Mya. Mya dibeli untuk dijadikan perempuan simpanan/orang gaji. Selama dua tahun., Mya menjaga makan pakai dan keinginan lelakinya.



Apr 22, 2013Kiki rated it it was amazing

Novel pertama hasil tulisan Acik Lana yang I read. I have been trying to read past chapter one for more than 5 times. Setelah mencuba beberapa kali untuk membaca satu/dua bab, akhirnya habis juga satu novel dibaca. Gaya penulisan yang professional dari pandangan mata saya. Ayat-ayatnya tersusun, English dialogue pun not bad.

I think inilah novel pertama (saya baca) yang menceritakan perihal bersekedudukan sebelum berkahwin, dan kedua-dua watak pun macam willing saja; yang seorang tidak peduli huk 


Oct 17, 2012Azizah rated it liked it

Marahlah sepuas hatimu,
caci makilah selagi kau terdaya,
hinalah aku selagi kau mampu.
Tapi…kenapa aku tak pernah mampu untuk membencimu?

Blurb:

Dua tahun menghambakan diri di dalam penjara yang dibina oleh Mikail dengan bertemankan dosa, Mya mula mencari arah hidupnya. Kehadiran Adam yang kejam, Shamil yang menagih janji silam, Suzanne yang menyakitkan hati dan Datin Adiba yang sinis membuatkan hidup Mya semakin tersepit. Sikap Mikail yang semakin aneh dari sehari ke sehari membuatkan Mya keliru. Dalam resah ada debar, dalam benci ada rindu, dalam marah ada tenang…Mikail mendera hati dan perasaannya.

Sampai kemuncaknya, Mya tekad. Dia mahu menoktahkan semua catatan noda dan dosa dalam diari hidupnya sebagai seorang perempuan simpanan, tapi bagaimana? Kaki ingin berlari menjauhi Mikail, tapi hati mengikat janji secara sembunyi.

Mengapa membina harapan jika penhujungnya tidak seindah impian? Dan…cukupkah tempoh dua tahun untuk memastikan debaran di hati mereka melagukan rentak yang sama?

Kak Chik menukil:

Mya terjebak dengan jalan hitam kerana manusia yang meragut kegadisannya. Kehidupan yang sejak kecil sering dicaci dan didera menjadikan dia menderita. Saat ada insan lain yang sanggup menebusnya dari terus bergelumang dengan tempat hitam itu dia sangat bersyukur walaupun jalan hidupnya tidak jauh berubah. Dia tetap dipenjara Mikail, lelaki yang menebusnya untuk dijadikan perempuan simpanan. Dua tahun dia bergelumang dengan dosa dan noda tetapi dia tiada kekuatan untuk meninggalkan lelaki itu walaupun sikap Mikail yang sentiasa berangin dan kasar dengannya. Perhubungannya dengan Adam, kawan karib Mikail juga telah mencoret sejarah hitam dalam hidupnya tetapi dia lebih tega menanggungnya sendiri daripada berita keji itu sampai kepada pengetahuan nenek di Taiping. Dia lebih rela memendam sakit itu sendirian kerana sudah pasti Mikail tidak akan mempercayainya.

Sedang Mya cuba mencari akal untuk menjauhi Mikail, lelaki itu mula berubah sikap menjadi lelaki yang lebih mengambil berat dan prihatin. Malah dia dilayan dengan baik sekali menjadikan Mya keliru. Berita kematian nenek dan kepulangannya ke Taiping, makin menyulitkan keadaan kerana Mak Ngah dan Yati masih berterusan menuduh dan menyebarkan berita buruk yang terjadi bertahun dulu. Lalu Mya nekad mengambil keputusan untuk kembali ke Kuala Lumpur tetapi ke mana tempat yang harus dia tuju? Selamatkah dia di luar sana jika dia meninggalkan sangkar emas Mikail?

Mikail merupakan lelaki yang berketerampilan menarik apatah lagi dengan status perniagaannya yang sedang berkembang. Dia membina sendiri kerjayanya tanpa bantuan sesiapa. Lelaki yang pernah dikecewakan ini kadang-kadang tidak stabil emosi dan perangainya apabila berhadapan dengan Mya. Dia masih mahu berpegang pada janjinya dua tahun dulu yang mereka tidak akan menyimpan perasaan antara satu sama lain. Benarkah tidak bergetar hatinya saat Shamil kembali menagih kasih Mya? Relakah dia kehilangan Mya yang menemaninya selama dua tahun ini? Sanggupkah dia menidakkan kemahuan ibunya demi menegakkan kemahuannya?

Pada Kak Chik karya ini hanya kisah yang biasa-biasa sahaja kerana sudah pernah ada kisah sebegini digarapkan penulis lain tetapi satu yang menjadi karya penulis ini menarik untuk dibaca kerana bahasa yang digunakan boleh dikatakan agak baik susunan bahasanya. Bahasa yang mudah untuk dihadam. Cuma plot yang menjadi tanda tanya pada Kak Chik: untuk apa Mya pulang ke Taiping untuk menemui Mak Ngah dan ayah Mikail membayar RM50,000 kepada perempuan jahat itu semata-mata untuk memutuskan pertunangan Mya-Shamil kerana pada Kak Chik ia tidak relevan sedangkan Mya boleh sahaja membiarkan pertunangan yang dilakukan tanpa pengetahuannya itu. Tapi penulis sudah pasti mempunyai alasan tersendiri, kan?

LiFe iS a LoNG JouRNeY
-Kak Chik-


NOTA
Saya hanya mengambil sebahagian dari komen pembaca, jadi kalau ingin dapatkan komen sepenuhnya boleh terus buat carian di Goodreads.