E-Novel Samping Ungu By Hezzy Azra

 


Tajuk : Samping Ungu

Penulis : Hezzy Azra

Bil m/s : 153


Illani Salleh, gadis Quantity Surveyor tekad mencari duit lebih kerana bossnya telah memotong 10% dari gajinya kerana ekonomi. Pelbagai cadangan yang Azlina, sahabat baiknya sarankan tapi semua tidak menarik minatnya dan tidak masuk akal kerana semuanya tidak kena dengan jiwanya.

Akhirnya dia nekad menjadi pemandu e-hailing MyCar dan hasil perolehaan hari pertama dia RM103  bersih selepas ditolak duit minyak. Penat tapi puashati kerana dia dapat duit bukan kerana ilmu dan kepakarannya, tetapi dari servis yang diberikan. Lain feel nya!

Hari pertama juga dia mengenali Idriz Mateen, pelanggan ketiga, walau dia sebenarnya ingin hadkan khidmatnya kepada penumpang yang sama jantina. Bimbang nak ambil penumpang lelaki. Takut dapat yang berperangai entah apa-apa.


Idriz Mateen, 34 tahun, seorang bekas juruterbang yang terpaksa bertongkat akibat kecederaan kaki akibat kemalangan jalanraya hingga dia harus menjalani fisioterapi

Pertemuan dengan Ilani tidaklah terlalu manis pada kali pertama dan kedua bila Illani tiada wang kecil untuk dipulangkan kepada Idriz

Mengenali Illani, Idriz berubah menjadi orang yang lebih baik hasil suntikan dari Illahi secara tak langsung. Dia memperbetulkan semua kehidupannya untuk menjadi insan yang lebih baik dan kembali 


Kejadian Ilani dirompak membuat Idriz merasa bertanggung jawab kerana dia yang meminta Illani membawanya ke pesta bachelor;s party. Disebabkan itu dia sekali lagi meminta Illani menjadi pemandunya ke Penang dan dia sendiri ingin telah jatuh hati dengan gadis cekal ini dan ingin mengenali lebih lagi mengenai Illani

Perjalanan pergi balik KL ke Penang bersama Illani telah menjentik hati Idriz yang telah lama lalai untuk kembali mendekatkan diri kepadaNYA. 6 tahun dia kehilangan arah sejak kematian mama dan atuknya dan setahun dalam bulan Syawal dia akan bertugas di luar negara.

Sebulan tanpa berita, tanpa khabar sepanjang bulan Ramadan membuat Illani tertanya-tanya kemana menghilangnya Idriz tapi baiknya Illani memasak nasi impit buat Idriz sebelum berangkat pulang untuk menyambut Syawal bersama keluarga


Pemberian samping ungu secara tak langsung memberi makna kepada Idriz kerana Illani mengharap Idriz akan menyambut Syawal kali ini tanpa melarikan diri lagi tapi Idriz lari ke Ipoh untuk melamar Illani. 

Ahhh sweet yang tak terlebih tapi sangat manis


Catat Ulasan

0 Ulasan