Novel Tarikh Luput Cinta ini dibeli melalui Google Play Books, jadi tiada buku fizikal dan mudah untuk dibaca asalkan ada data.



Tarikh Luput Cinta

Info novel

Tajuk : Tarikh Luput Cinta
Penulis : Lynn Dayana
Bil mukasurat : 512
Tahun Keluaran : 2009

Sinopsis Novel Tarikh Luput Cinta

Airel, seorang eksekutif muda telah dituduh pecah amanah kerana menggunakan wang syarikat. Disebabkan tuduhan itu, dia diberhentikan kerja serta-merta.


Dalam kesempitan hidup, tiba-tiba dia ditawarkan dengan harta bernilai RM22.5 juta daripada seorang lelaki yang tidak dikenali. Namun, untuk meraih harta itu, dia dikehendaki ke Langkawi. Di sana, dia bertemu dengan Rezzal dan Imanina. Mereka juga mendapat tawaran yang serupa.


Tuan Haji Kamarul, seorang lelaki tua yang sangat berpengaruh. Namun, sayang... dia tiada anak untuk mewarisi segala perniagaannya. Lantaran itu, Airel, Imanina dan Rezzal telah dipilih untuk menjadi pewarisnya. Namun, dia bukan ingin memberi dengan cara yang mudah. Tarikh luput diberikan kepada mereka untuk merebut harta ini.


Pada saat impian hampir tercapai, tiba-tiba wujud insan keempat sebagai pesaing. Pesaing yang inginkan mereka semua musnah! Musnah, supaya harta yang diidam-idamkan itu menjadi hak mutlaknya seorang. Namun, siapakah insan keempat ini dan apakah muslihat Tuan Haji Kamarul memilih mereka untuk merebut hartanya?


Sempatkah salah seorang daripada mereka memenangi pertandingan ini sebelum tarikh luput yang diberikan? Tarikh Luput Cinta... Debarannya menyesakkan dada!


Baca : Novel Lynn Dayana


Watak

Airel, Imanina, Rezzal, Tuan Haji Kamarul, Hilman, Faizal, Sarina, Auntie Yanie (mak Airel), Makcik Saodah (mak Reezal), Asmah (mak Imanina)


Rating 

****

Ulasan Peribadi 

Ariel, Reezal dan Imanina dipertemukan bagi mewarisi harta tuan pengarah - Ahmad Kamarul Abdul Sidik juga dikenali sebagai Ariff. Lelaki ini juga pernah hadir dalam hidup Yanie (mak Airel, Makcik Saodah (mak Reezal) dan Asmah (mak Imanina)

Lain macam punya kaitan tu tapi bukan kaitan bercinta dengan ibu kepada ketiga-tiga calon yang dipilih untuk mewarisi hartanya.

Seperti biasa cerita Lynn Dayana ada adegan thrillernya walau tajuknya macam cintan cintun meleret tapi bertepatan dengan cabaran bagi mewarisi harta. Tapi ada juga la part melting di bab selepas selesai misi.

Percakaran antara Imanina dan Airel buat cuba menyegarkan sebab tak berhenti nak bergaduh sementara Reezal pula menjadi orang tengaht menyejukkan suasana.

Saat cemas yang mereka semua lalui memang menarik dan Lynn Dayana cukup bijaik menyusun plot ceritanya agar nampak kesinambungan tersebut yang berkaitrapat. 

Pertemuan yang dirancang oleh Tuan Kamarul mencipta hubungan lebih bermakna pada ketiga-tiga mereka yang dipilih yang sememangnya dipilih kerana ada hubung kain dengan tuan pengarah secara tidak langsung.

Ada juga plot cinta tiga segi dengan kewujudan Hilman,  mengundang ketegangan antara Imanina dan Emmalin. 

Apabila ketiga-tiga mereka menjadi akrab, ada kesedihan bila salah seorang dari mereka terbunuh dek kerana perasaan cemburu dan tamak oleh anak angkat tuan pengarah.

Ada pulak komplot 3 ibu yang menjalankan peranan penting dalam menyatukan Imanina dan Airel yang kuat berperang tersebut. 

Apa pun ada kebaikan dalam rancangan Tuan Kamarul dalam hubungan dan keakraban terselah bukan pada Iman dan Airel tapi juga keluarga mereka.

Memang novel garapan Lynn Dayana inibest! Memang buat teruja nak habiskan e-novel ni dengan cerita ceria dan menyeronokan, cemas, sedih dan berakhir dengan penyatuan dua hati..
+