Novel PA Lelaki Kerek By Rose Eliza | Novel pertama karya Rose Eliza dan kalau tak silap dibeli waktu Jualan Gudang Karangkraf 2018. Memang borong banyak buku dan siap letak budget RM150 tapi cecah lebih..konon nak control tapi bila nampak buku, terus lupa diri.

Dah lama habis baca novel ni tapi tak berkesempatan nak buat review sebab seperti biasa saya kalau dah mula membaca akan terus membaca dan membaca hingga tak ingat benda lain.


Tajuk : PA Lelaki Kerek
Penulis : Rose Eliza
Genre : Cinta
Bil. mukasurat : 500
Bil Bab : 50
Rating : 3.5

Pasti ramai yang masih menanti akan drama adaptasi novel 'P.A Lelaki Kerek' karya Rose Eliza akan datang di TV Okey. Drama arahan Haris Kadir denga 26 episod ini akan disiarkan di TV Okey (RTM) tapi masih tidak tahu bila tarikh tayangannya. 


Banyak nama besar dalam barisan pelakonnya seperti Johan As'ari (Tengku Irfan), Jasmine Suraya (Irdina Asyikin), Syafie Naswip (Naufal), Wan Sharmila (Melisa), Afifah Nasir (Imelda), Adi Putra (Irshad), Khairil Anwar Aman (Tengku Iqbal)

Bila tengok barisan pelakon tu boleh imagine Johan As'ari sebagai Tengku Irfan yang sombong macam bapanya dan Naufal (Syafie Naswip) yang kalau boleh saya lebih suka Irdina dengan Naufal yang baik dan sesuai dengan Irdina. Serius sesiapa pun akan jatuh cinta dengan Naufal.


SINOPSIS PA Lelaki Kerek

Kebahagiaan Tengku Irfan Haiqal diragut selepas dia terlibat dalam satu kemalangan. Dia menyimpan perasaan benci dan dendam. Kehadiran Irdina Asyikin telah merubah keseluruhan hidupnya. Gadis itu suka melawan, degil dan tidak mendengar kata. Ada saja alasan yang diberi oleh gadis itu.

Bagi Irdina Asyikin, menjadi pembantu peribadi kepada Tengku Irfan Haiqal tidak semudah yang disangka. Pemuda itu seorang yang 'kerek', poyo dan suka berubah angin. Mahu tidak mahu, terpaksa juga dia melayan kerenah lelaki 'kerek' itu. Selama beberapa bulan menjadi pembantu peribadi, Irdina Asyikin dikhabarkan dengan satu kebenaran. Sejak dari itu, dia dirantai dan diperhatikan. Demi satu pembebasan, perjanjian perlu dibuat.

Perjanjian apakah yang dibuat oleh Irdina Asyikin? Berjayakah Irdina Asyikin membebaskan diri? Dapatkah Tengku Irfan Haiqal menuntut keadilan buat dirinya sendiri?


"Kau tak ada hak nak masuk campur dalam urusan aku! Siapa kau nak menegur aku? Kau kuli aku dan buat cara kuli.  Jangan nak melebihi batasan kau sebagai kuli aku" Tengku Irfan Haiqal

"Saya sedar saya ni hanya kuli dan tak layak nak tegur Tengku Ir" Irdina Asyikin

"Aku pegang pada janji-janji kau,. Kalau kau mungkiri janji-janji tu semua, aku tak teragak-agak untuk menghukum kau lebih berat daripada yang sebelum ini.  Kau ingat tu" Tengku Iqbal 

Komen

Cerita yang menarik dengan watak Naufal yang pasti membuat pembaca jatuh hati dengannya tapi olahan penulis tu buat saya hilang fokus untuk membaca sebab terlalu meleret sampai buat kita rasa nak letak tepi novel ni. Tapi tidak sebab kita tak boleh judge hingga habis baca bukan. But still ayat yang berulangan tu akan buat kita hilang mood.

Saya boleh bagi 3.4 bintang sahaja 

Komen di Goodreads

11 Jun 2016 / Jean Fernandez rated it it was ok / **

Story line not bad.. Irfan + Irdina..But I Love Naufal siap bayang cerita pasal dia pula, and Dina please stop thinking about other people's happiness only.

but terlalu banyak ayat yang diulang and especially part accident tu banyak kali di ulang scene. Sorry kak Ros just saying what I feel. Overall, good job !


11 Jan 2017 Bobsr rated it did not like it / *

kenapa? why? por que?

... (speechless, tatau nak mula kritik dari mana)


14 Apr 2016 / Ella rated it liked it / ***

Kerana cinta yang tidak pasti, jiwa merana.

Kerana rasa tertipu, musibah melanda.

Kerana ingin menutupi kesalahan, anak menjadi mangsa.

Kerana salah faham dan ego seorang lelaki, isteri yg baik budi disalahertikan dan terseksa.

Kerana tamak dengan harta dunia, rumahtangga orang menjadi kucar kacir.

Kenapa senang sangat dimanipulate?

Kenapa tidak berlaku jujur pada hati dan diri sendiri?

Kenapa ego tinggi melangit?

Kenapa memilih jalan yang berliku jika masalah yang berat itu mudah diselesaikan?

Kesimpulannya, manusia ni tidak pernah berlaku adil. Terlalu mementingkan diri sendiri. Sungguh tebal kulit orang yg membuat onar. Apa guna kalau punya rupa yang cantik menawan jika hati terlalu hitam legam. Kematiaan yang menimpa si pembuat onar akibat kemalangan tidak selari dengan hukum dunia dan tidak dapat di balas. Ahh..hukum dunia mungkin terlepas, hukum Allah belum tentu lagi.


14 Nov 2016 /Suzyanna yap rated it really liked it /****

Komen MV..cerita agak membosankan pada awalnya..namun bila timbul bibit cinta dan konflik...tanpa sedar membaca dengan titisan air mata...

cuma ada kesalahan nama watak pada penghujung novel ni...MV bagi 4 bintang...


06 Feb 2016 / Fadhila Ismail rated it liked it / ***

gave it 3 stars because I think ada something yg kurang dalam buku ni.


01 Nov 2015 / WaNie Jud rated it it was ok ? **

ermmm...bole la cuma terlalu cacar marba cerita dia..tgh2 baca tetiba jer dia flash back..terpinga2 aku..hahaha..bila dia dh start kahwin bru best skittt..sorry writer..