Novel DiSebalik Wajah By Elee Mardiana | Tak ingat bila saya membeli novel ni tapi rasanya sewaktu jualan buku di Karangkraf yang mana memang gila-gila saya membeli sebab potongan harga yang cukup menarik. Jujurnya ini satu-satunya novel karya Elee Mardiana yang saya pernah baca dan memang saya cukup suka gaya penulisannya.

Novel ni saya dah baca tahun 2019 tapi seperti biasa terperam dalam draf sebab bila membaca back to back, memang tak sempat nak kongsi di sini.  Novel Di Sebalik Wajah By Elee Mardiana ni saya baca 2 kali sebab giler best


Tajuk : Di Sebalik Wajah
Penulis : Elee Mardiana
Genre : Thriller /Cinta
Bil. mukasurat : 518
Bil Bab : 64
Penerbit : Alaf 21
Rating : *****


Sinopsis Novel Di Sebalik Wajah By Elee Mardiana

SOFIA, gadis manis berkelulusan dari universiti di luar negara. Sejak kecil lagi cita-citanya hanya satu – membahagiakan hati ibu. Justeru, sebaik pulang ke tanah air, bukan kerja yang dicarinya tetapi saudara kandungnya yang hilang sejak sekian lama. Itu janjinya walaupun dia sedar janji yang dipegang bukan mudah untuk dikotakan. Namun, hatinya nekad mencuba meskipun orang orang sekeliling sudah lama mengalah.


Pencarian itu menemukannya dengan seorang jejaka yang masih tercari-cari identiti diri, yang merindui kasih seseorang. Bibit cinta lahir di hati Sofia. Hadirnya bertemankan cemburu, namun hatinya bahagia bila dia turut diajak berkongsi kasih sayang itu


Kehadiran gadis itu yang cuba merungkai persoalan, tanpa disengajakan telah membongkar rahsia yang sejak sekian lama bersembunyi di sebalik wajah insan yang wujud dalam hidup lelaki bernama Aslan. Rahsia yang menjadi kabus hitam yang menyelubungi hidupnya sejak sekian lama. Namun rahsia itu terpaksa disimpan oleh Aslan untuk menjaga hati orang-orang yang dicintainya


Komen/Ulasan

Kisah Sofia yang pulang ke tanah air usai menamatkan pengajiannya di Australia membuatkan kakaknya Solha terkejut kerana tidak diberitahu. Kepulangan yang membawa misi untuk mencari saudara kandungnya sepertimana janjinya pada ibu dan ayahnya walau keduanya telah pergi dijemput Illahi.

Sungguh betul saya denga watak-watak Sofia, Ashraf Adil di wartawan, Aslan si pegawai polis, dan Alma si peguam yang cantik. Kukor anak orang kaya yang menarik wataknya walau hanya sampingan.

Banyak plot twist dan buat kita geram dengan golongan kaya malahan yang nampak sungguh islamik hanya bertopeng dengan amal kebajikan namun disebalik wajah rupanya penuh keburukan.

Memang berbaloi dan sangat recommended novel ni.  Penceritaan yang cukup menarik, banyak rahsia yang tersingkap dan penuh suspens.

Nak tahu dan rasai rasa suspens tu, kena dapatkan buku ni dan baca.


Komen di Goodreads

Jan 26, 2020rated it it was amazing
Buku ini sudah lebih 3 tahun berbalut lagi, terperosok di rak. Minggu lepas post di IG KedaiBukuSaduri untuk jual harga RM5 saja. Selepas baca, rasa terkilan. Pertama, mengapa lah tak baca dari dulu. Cerita dia sangat tersangat best. Mungkin yang tidak pernah baca karya Elee akan fikir ianya buku cheesy cliche cinta cintun. Yang sering suka buat andaian berdasarkan tajuk dan imej cover buku, macam saya, mungkin langsung tak tertarik untuk baca. Damn how wrong I was. Siapa sangka ianya genre criminal thriller disulami aksi detektif PDRM Bukit Aman dan wartawan tersohor berpribadi jujur, misteri dan konflik serta kasih sayang kekeluargaan yang menggetarkan jiwa.

Kedua, terkilan kerana buku sebegini, patutnya disokong dengan harga yang baik. Ini bukan buku novel cerita picisan.

Aslan Si Detektif dan abang penyayang kepada Ashraf. Memang suka sangat watak dia. Sweet sangat gurau senda dengan adik mangsa dera hati dan fizikal oleh ayah. Kukor pun saya suka, cuma watak dia sampingan. Saya ingat kan Alma yang akan bawa watak wanita penting di sisi Asyraf, rupanya saya silap. Peguam mulut lepas jelita tapi kasar bahasa, berani Dia Tampa Aslan di Balai pulak tu, sesuai ke berganding dengan Aslan. Jadi ke akhirnya? Tak sangka bukan Tan Sri Saladdin yang buat giler. Banyak twist dalam cerita Di sebalik wajah. Very worth reading.

Dec 27, 2012rated it really liked it
Novel thriller aksi...mengisahkan Sofia mencari saudara kandungnya yg hilang demi menunaikan janji ibunya…dalam pencarian, dia di pertemukan dgn Ashraf Adil & Detektif Aslan…

Ini merupakan kali kedua melayani karya penulis ini…& boleh dikatakan novel kali ini ada peningkatan berbanding dgn tulisan beliau dalam AJK…setiap watak di perkembangkan dengan baik & berkesan sehingga setiap bab, plot ceritanya meninggalkan kita pelbagai persoalan…di sbbkan persoalan2 sedemikian membuatkan graf pembacaan aku semakin meningkat…sehingga aku terlupa pasal Sofia..Sofia kembali muncul pada bab 38 & bermulanya detik perkenalan Sofia dgn Detektif Aslan…akan membuka satu rahsia di penghujung cerita...

Tekaan aku untuk watak Raja Rimba, Spider & dalang di sebalik kejadian yg berlaku pada saudara kandung Sofia salah sama sekali…tertipu aku…10 bab terakhir menjanjikan satu kepuasan apabila segala jenayah yg berlaku akan terungkai satu demi satu…pasti anda akan terkejut kenapa Ashraff mendapat layanan yg teruk drpd ayahnya…

Feb 14, 2013rated it it was amazing
Cerita asal Sofia ingin mencari Soraya (saudara kandungnya) dan Ashraf (wartawan) ingin membantunya. Tp kisah Sofia senyap macam tu je. Timbul pula kes yg berkaitan dgn Detektif Aslan dan Ashraf yg kebetulan adik beradik.

Siapa Spider dan apa kegiatannya tak jelas. Siapa Ralf? Kenapa Wafa takut sgt dgn ugutan Ralf? Awal2 lg sy dah agak siapa Raja Rimba tu dan tepat sekali.

Kebetulan yg tragik kisah lama mereka semua berkaitan. Dan dalang disebalik kehilangan Soraya mmg tak boleh nak teka nama lah sbb awal2 lg identitinya tak jelas.

Cerita ni penuh aksi dan agak suspen. Byk konflik yg berkaitan. Tak susah nak teka siapa Raja Rimba dan siapa yg menyebabkan Soraya hilang.

Sep 21, 2016rated it it was amazing
Novel yang sangat ohsem..
Pergerakan cerita semakin menaik..
Debaran demi debaran memberikan kepuasan..

Suka watak Aslan yang sangat tenang dalam menghadapi krisis..
Sesungguhnya Novel Di Sebalik Wajah ini memberi gambaran realiti manusia..
Ramai yang bermuka-muka dalam menjalani kehidupan..
Alim yang dipamerkan belum tentu menutup kejahatan yang pernah dilakukan..
Terlalu ramai manusia yang hipokrit..

Nice job buat Penulis..
Teruskan berkarya..

Jan 02, 2016rated it it was amazing
Kisah Di Sebalik Wajah ini kalau diukur sebenarnya terbahagi kepada dua. Yakni kisah Sofea dan kisah Aslan. Tapi... bijaknya penulis berjaya menjadikan kisah ini satu pada hujung kisah.

Cukup suka bagaimana penulis mengembangkan watak Detektif Aslan dan kisah kepolisannya. Dan penulis juga berjaya mewujudkan babak suspens dan tertanya-tanya.

Tahniah buat Elee Mardiana! Kagum pada penulis perempuan yang berjaya melakar kisah aksi sebegini rupa. Teruskan berkarya buat novelis Elee Mardiana.