Novel Cinta Tak Beralih By Hezzy Azra



Novel : Cinta Tak Beralih

Bil Mukasurat : 484

Penulis : Hezzy Azra

Rating : *****


Sinopsis

BILA hati asyik diusik rindu, jiwa sering dibelai debaran... perasaan apa lagi yang sedang dilanda gelora kalau bukan cinta? Larra Kirana bahagia dengan rasa indah yang dimilikinya itu. Menatap Shaqril yang sering lalu-lalang di hadapan kedai dobinya dari jauh sudah cukup untuk merawat kerinduan itu. Berbalas senyum sahaja sudah hebat dia diamuk oleh rasa gemuruh. Tidak sangka hubungan mereka terjalin selepas Shaqril menghantar kemeja untuk dicuci.

Detik demi detik memekarkan cinta di hati, sedangkan Shaqril sebenarnya dalam dilema. Kasihnya melimpah untuk Larra, walhal dia tunangan Balqis. Jodoh yang diatur keluarga tidak mampu dibantah. Hari yang dilalui amat menyeksakan. Shaqril berharap sesuatu akan terjadi agar cintanya terhadap Larra tidak berakhir. Moga Larra tidak menyalahkannya andai rahsia tersingkap. Namun dia harus berlaku jujur, tak ingin melukai hati Larra lebih dalam lagi.


Komen iamfuzy

Cukup suka penulisan Hezzy Azra ni yang disusun cukup cantik lenggok bahasa apatah lagi jalan ceritanya. Jujur saya katakan ini novel pertama Hezzy Azra yang saya baca.


Larra Kirana gadis kacukan Melayu-Cina yang cukup disayangi dan menyayangi ibu dan neneknya dan kemudian jatuh hati dengan jejaka yang sering lalu lalang di depan kedai dobinya dan hanya sering berbalas senyuman akhirnya perkenalan terjadi bila Shaqril menghantar kemeja ke kedai dobinya.


Gadis laundromat yang berprinsip dan sangat berdikari dan hero yang ala kedekut tapi menghiburkan tanpa terlebih gula tapi mampu buat saya berdebar nak tahu kesudahannya. Menarik bila sanggup berhabis untuk kereta tapi bila harga roti canai naik 20 sen terus nak boikot kedai mamak yang sering dikunjungi. 


Larra Kirana, Shaqril dan Razlan, tiga watak dalam novel yang menarik ni mengisahkan Larra jatuh hati melihat seorang lelaki yang cukup berkarisma namun tiada peluang mengenali lelaki tersebut. Kejadian meletakkan kenderaan kerap rebutan mereka dan tanpa disedari si lelaki turut meminatinya dalam diam. 


Nak dijadikan cerita si jejaka, Shaq tertumpah air di baju dan terpaksa menghantar baju ke kedai dobi Larra. Bermula dengan pertemuan singkat itu disusuli dengan pemberian roti kismis home made di balas mihun sup dan rentetan peristiwa-peristiwa kecil membuat mereka berpeluang mengenali diri masing-masing. Namun semunya setakat itu sahaja hubungan mereka, pertemuan mereka akan berakhir di departing point, LK laundry. Puas juga Larra berfikir kenapa Shaq membataskan hubungan mereka setakat di parking lot tanpa menyedari Shaq adalah tunangan Balqis, gadis pilihan keluarga. Sobss


Delima orang yang bertunang atas pilihan orang tua bila Shaq menyedari dia telah jatuh cinta pada Larra selepas menjadi tunangan orang. Begitu juga dengan Larra. Malangnya buat pertama kali mereka mula belajar apa itu cinta, mereka harus terima takdir yang ditentukan. Kasihan. Pada temujanji kali pertama, lafaz cinta tidak dapat diraikan dengan hati yang berbunga setelah terbongkarnya rahsia Shaq.


Mengetahui Shaq tunangan orang, Larra berusaha mengelak bertembung dengan Shaq walau sakit. Geram bila Shaq masih melayan dan memberi harapan kepada Larra, rasa macam nak marah Shaq, kesian Larra.


Namun tindakan Shaq tidak tarik diri dari perkahwinan adalah tindakan bijak. Perkahwinan dengan Balqis terpaksa diterusnya. Bagi Shaq dia bukan orang yang mudah memungkiri janji apatah lagi bakal meretakkan hubungan baik emak dengan bakal besan merangkap kawan baik. Bukan prinsip hidupnya untuk membiarkan keluarga menanggung malu gara-gara mementingkan diri sendiri. Bagi Shaq kalau pun dia ingin menyunting Larra biarlah bukan dalam keadaan yang menyebabkan orang menuding jari kepada Larra sebagai perampas dan dalam apa keadaan pun dia mahukan restu dari ibunya dan menjadikan Larra menantu yang disayangi.


Saat Larra berduka lara, Razlan yang juga business partner adalah orang yang menjadi tempat Larra meluahkan perasaan. Bagi Larra, Razlan adalah teman yang disenangi dan dihormatinya apatah lagi jarak umur mereka yang jauh. Malahan, isteri Razlan, Aishah dan anak-anak juga menganggap Larra sebahagian daripada keluarga, tiada istilah cemburu dihati Kak Chah andai Razlan bertemu Larra. 


Bagi Larra kebahagiaan Razlan dan Kak Chah yang berkahwin tanpa cinta pada awalnya, menyedarkan dia yang Shaq juga akan bahagia bersama Balqis, pilihan keluarga Shaq.


Kebahagian Razlan diduga bila Kak Chah mengalami kemalangan jalan raya dan kembali ke rahmatullah, meninggalkan dia dan anak-anak yang masih memerlukan kasih sayang dan perhatian ibu. Pilu menyelubungi rumah banglo Razlan. Bagi Razlan tiada wanita yang mampu menandingi Aishah isteri yang dicintai. Namun anak kembarnya yang masih kecil masih memerlukan penjagaan dan perhatian. Keluarga Razlan yang melihat penerimaan anak-anak dan keikhlasan Larra menjaga anak kembar dan anak remaja Razlan mencadangkan Larra sebagai calon pengganti. 


Saat Larra dilamar menjadi ibu kepada anak-anaknya, rumahtangga Shaq hancur kerana terbongkar rahsia songsang Balqis walau Razlan sedaya upaya menutupinya


Larra cuba belajar menerima kehadiran Razlan sebagai bakal suami. Perkahwinan dirancang namun terhalang kerana walinya tidak bersetuju. Ada sengketa antara Amin, adik lelakinya dengan Razlan yang tidak disedari sesiapa mahupun Razlan sendiri. Dalam Larra menyelesaikan kekusutan yang ditimbulkan Amin, hatinya berbolak balik apabila Shaq muncul semula dan mengistihar dirinya bukan milik sesiapa lagi.


Larra sedar betapa sukar membuat pilihan sepertimana yang dilalui Shaq dan endingnya cukup buat saya menangis dalam teruja bila Larra dan Shaq bersatu dan Razlan pula bertemu pasangan yang sesuai yang cukup rapat dengan Larra.


Hint dah tau Larra dan Shaq, ada watak lain yang cukup sesuai dengan Razlan. Ahh indahnya