Novel Hot Chocolate & Tea Lady By Ramlah Rashid Diadaptasi Ke Drama | Kisah pengorbanan hati dan perasaan gadis cantik Syaza Amira demi rasa hormat kepada ibu tiri dan pengorbanan seorang kekasih dek kerana terhutang budi. Kehadiran si gadis membaitkan rasa cinta si abang tiri kepada adik tirinya.


Tajuk : Hot Chocolate & Tea Lady

Penulis :Ramlah Rashid

Bil mukasurat : 656

Rating : ****

Sinopsis Novel Hot Chocolate & Tea Lady

PERTEMUAN pertama di pantri membuatkan Adam Aiman menyangka Shaza Amira sebagai ‘tea lady’ baru meskipun penampilan gadis itu langsung tidak menyamai pekerjaan itu. Dengan pakaian Muslimah moden yang ‘trendy’ dan berjenama, Shaza Amira layak dianggap seorang pengurus muda atau anak pengarah syarikat. Tetapi kerana ego berdepan gadis yang cerdik dan cantik, Adam Aiman sengaja menyakiti lebih-lebih lagi apabila mengetahui gadis itu adik tirinya. Shaza Amira mengikut sahaja rentak abang tirinya, saling membenci dan berdengki.

Setelah lama mengenali keperibadian Shaza Amira, diam-diam Adam Aiman jatuh cinta dan berangan-angan mahu memperisterikan adik tirinya itu. Tetapi tidak seperti yang diangankan Adam Aiman, Shaza Amira masih merindui kekasih awalnya. Mulut berkata tiada lagi cinta, tetapi hati masih mengenang Zafreil. Mereka berjumpa tanpa disangka lalu cerita lama disambung dengan sengaja. Sengketa angkara orang ketiga terus dilupakan.

Cinta Zafreil pada Shaza Amira membenihkan dendam dalam hati Elsa. Bukan kerana cinta plastiknya pada Zafreil membuatkan Elsa nekad menghapuskan Shaza Amira, tetapi kerana impian jahatnya, kakak tirinya mesti mati!

Berjayakah Adam Aiman memiliki Shaza Amira? Apakah cinta Shaza Amira dan Zafreil memahat semula dan berjayakah Elsa melunaskan misi jahatnya?

Nak berlagak? Aku anak tuan punya syarikat ni pun tak berlagak macam tu. Dia, setakat pekerja aje nak tunjuk hebat? Tegaslah konon! – Shaza Amira

“Abang yang over, kerek tak bertempat. Ada ke anak Tuan Rusman yang cantik, muda dan bijak macam ni abang kata tea lady, kan? Memang patut pun Sha marah.” – Adam Aiman

Laa... aku tercongok temankan dia dekat tiga jam, alih-alih ajak pergi surau aje? Kenapa Tuan Rusman ni? Apa masalah dia?


Komen di Goodreads

Nov 26, 2016 Ella rated it really liked it / 3.7*

Jalan cerita tak begitu intense..to some, mungkin enjoyable, to some, maybe meleret, to me..bolehlah. 1st novel darinya yg saya baca dan mengambil masa dua hari. Bagi saya 2 hari means lama..berapa kali letak dan sambung.

Kalau baca novel..masalah yg berat dlm novel pun rasanya macam ringan je. Mungkin kita tak melalui liku2 tersebut atau dah pun melalui fasa itu. Jadi rasanya tak berat. Yang berat adalah permainan emosi individu tersebut.

Tersepit kerana cinta tak kesampaian dari zaman tok nenek membayangi situasi hari ini. Terpisah dua remaja yg saling mencintai antara satu sama lain kerana harta dan taraf serta dendam semalam..Bertemu semula ketika dewasa, keadaan hidup bersama keluarga baru merubah corak perjalanan hubungan.

Kerana terhutang budi Zafriel turutkan permintaan yg tak wajar hingga tertekan. Terpaksa dan tak rela dijadikan boneka peraturan keluarganya dan Puan Nadia.

Kerana rasa hormat kepada Puan Nadia, Syaza terpaksa memendam rasa.

Puan Nadia boleh dikatakan mementingkan diri. Kerana dia sendiri dibayangi kebaikan arwah kawan baiknya hingga taksub ingin menjadi sebaiknya. Takut kehilangan..bukan kerana harta lebih kepada tempat berteduh dan kasih sayang. Macam hidup dalam dunia sendiri. Memungkiri janji ttg ikatan anaknya dan Zafriel. Bagi Puan Nadia dia ingin anaknya jadi sebaik Syaza..yg menjaga hati dan menghormati orang tua..bijak dan menyenangkan..santun dalam bicara dan prihatin. Sehingga dia beri saranan apa2 kepada Elsa agar mengikut jejak langkah Syaza..Hingga bau haruman pun disuruh turutkan. Makan hati berulam jantung si anak yg sememangnya liar. Kalau saya cakap lebih bab perasaan Puan Nadia pasti ada yg tersentuh bagaimana dia bertahan tinggal dirumah agam itu. Sedangkan baca novel yg lain je dah naik angin jika ada rasa dari kisah silam yg masih tertinggal. XD

Yg membuat saya amat lelah adalah masing2 menyimpan dan memendam perasaan sebenar demi melihat semua orang bahagia tanpa sedar itulah permulaan sengketa dan dendam sekali lagi diulang tayang..malah lebih teruk..Lagi2 si Syaza yg terlalu banyak bermain dgn emosi Zafriel. Memberi harapan dan cinta lalu musnahkannya sendiri. Salah siapakah ini?

Tajuk Hot Chocolate dan Tea Lady mengisahkan tentang Adam dan Syaza..namun cerita ni cuma 5% je berkait hubungan cinta sebelah pihak yg lambat diungkap. Konsentrasi lebih kepada issue kekeluargaan. Jika tajuk bertukar kepada Pulut kuning dan Susu bolehlah faham..novel lebih cenderung kepada kisah cinta Zafriel dan Syaza serta keluarga masing2. Or Coffee dan Pie Dalam Kenangan merujuk kepada kisah zaman ibu dan bapa Syaza. Pun tak kena sebab jejak kekasih tak banyak antara mereka..Tak catchy betul tajuk yg saya beri..hehehe


April 21, 2020 Wan Amalyn rated it liked it

Apa ya yang boleh saya komen tentang Hot Chocolate dengan Tea Lady ini ya....

Tajuk - Hot Chocolate, Tea Lady - insidennya hanya sekali. Tak dapat saya nak kaitkan apa perkaitannya pada Shaza dan Adam kecuali Adam penggemar Hot Chocolate dan Shaza di sangka Tea Lady di hari pertama dia bekerja di syarikat milik bapanya.

Tapi makin jauh saya menekuni naskhah kesembilan kak Ramlah bersama Buku Prima ini, ceritanya tidaklah sesantai judulnya. Kisah hidup Shaza yang banyak pahit getirnya, dia pernah hidup melarat bersama nenek dan ibu saudaranya. Dia pernah menghuni rumah papan yang hampir mereput di atas tanah ihsan orang sedangkan dia anak hartawan.

Banyak kali saya 'berhenti rehat' untuk tenangkan hati dan perasaan saya ketika mengadap kisah Shaza Amira - Zafriel ini. Banyak hal yang berlaku pada Shaza menyesakkan perasaan saya. Tapi saya kagum dengan ketabahan dan kesabaran Shaza ketika dia rasa dia tak punya apa-apa. Ada rahsia yang disimpan kemas si nenek dan ibu saudara. Ada dendam yang menjadi durinya.

Tapi ada ketikanya saya rasa 'penat' dengan apa yang berlaku dalam keluarga Tuan Rusman. Terlalu banyak hingga menyesakkan. Tapi saya tak tahu nak sesak fasal apa... rasa seperti semuanya terletak pada tempatnya dan ada fungsinya... haish!

Bahasa orang lama yang sangat saya suka! Kredit untuk itu.




Novel ini juga ada adaptasi ke drama rupanya.  Sememangnya saya jarang mengikuti drama Melayu kecuali tertengok sewaktu beriklan di kaca tv atau ternampak berlegar-legar di social media.  Apa pun saya lebih menggemari membaca novelnya sebab feeling tu lain sikit.


JUDUL : HOT CHOCOLATE & TEA LADY

EPISOD : 13 episod

TARIKH TAYANGAN : 29 Januari 2020

WAKTU SIARAN : Isnin-Khamis, 8:30 malam

SIARAN TV : Selekta Prima TV2 (RTM)

PENULIS SKRIP : Ramlah Rashid & Zabidi Mohamed

PENGARAH : Dato Ahmad Tamimi Siregar

PRODUKSI : Filmer Network Distribution Sdn Bhd

PELAKON : Nafiez Zaidi, Afifah Nasir, Farah Wahida, Ungku Hariz, Kay Maria