Petaka Nyawa By Riduan Judin | Membaca novel ni harus fokus kerana kalau tidak memang akan bercelaru dengan babak zaman baru dan lama serta tentang semangat jahat dan baik dan pengunaan ilmu hitam.
Petaka Nyawa By Riduan Judin |
Novel : Petaka Nyawa
Penulis : Riduan Judin
Bil m/s : 576
Rating : 3.5 *
SINOPSIS PETAKA NYAWA
Penemuan catatan ‘Hijab Rindu’ yang ditemui (Hari ini) merungkai kisah kurun ke-14. Shafi membesar dalam asuhan salah seorang Wali Songo.
Dengan alam yang terhijab, mengheretnya ke Tanah Langkasuka bertemu ‘Makhluk Bernyawa Panjang’.
Siapakah dia? Dialah makhluk yang selalu menyesatkan anak-anak Adam. Diciptakan dari api dan angkuh kepada Allah SWT. Puteri Irdina, puteri Kerajaan Langkasuka terheret ke Sempadan Pura iaitu alam yang terhijab semasa disihir. Atas perbuatan semangat jahat, dia berubah menjadi ‘manusia berjiwa dua’’. Manakala Puteri Qaisara, puteri Kota Amuriah dikurung di sebuah tempat rahsia. Ayahandanya iatu Raja Baytizan, menjelma menjadi Puteri Qaisara melalui bantuan taghut laknatullah.
0 Ulasan