Dia Tak Tanya By Aleya Aneesa | Kisah sebuah persahabatan yang bertukar menjadi pasangan suami isteri.


"Mengenalimu suatu keindahan, meninggalkanmu suatu kebodohan"





Novel : Dia Tak Tanya
Karya : Aleya Aneesa
Bil mukasurat : 672


Sinopsis Novel Dia Tak Tanya


ISTILAH sahabat merangkap jiran antara Najid dan Najihah akhirnya tersimpul sebagai suami isteri. Sayangnya, mereka berkahwin atas dasar eksperimen. Kononnya dunia perkahwinan mereka boleh bahagia tanpa cinta! Berjaya, okey. Tak berjaya pun okey.


Orang lain hidup bahagia, tapi rumah tangga mereka huru-hara. Ada saja yang tidak kena. Masalah kecil dibesar-besarkan. Rajuk, marah dan prasangka membakar diri. Sudahnya, mereka tidur asing- asing; seorang ke timur dan seorang lagi ke barat. Najid dan Najihah lupa... dalam sesebuah perkahwinan, tidak ada istilah try and error. Mereka saling ego, hipokrit dan suka menuding jari. Ada isteri, tapi lagak macam bujang. Ada suami, tapi langkah macam hidup seorang!


“Maaf, sayang. Najid betul-betul minta maaf. Tapi percayalah, Najid sayang sangat kat Jiha.”


ULASAN/KOMEN

Najid dan Najihah, dua sahabat yang berjiran dan membesar bersama dan berkongsi segala rahsia dan bak belangkas, dimana ada Najid di situ ada Najihah.


Bersahabat dan berkahwin sememangnya tidak sama kerana tanggungjawab dalam persahabatan tidak serupa dengan tanggungjawab sebagai suami dan isteri. Talian sebagai suami isteri dalam perkahwinan tidak boleh dibuat trial dan error.


Medan perkahwinan tak sama dengan terma persahabatan. Dan kerana perbezaan itulah yang menjarakkan mereka berdua. Mereka bukan lagi kawan baik yang berkongsi segala cerita. Terlalu banyak perkara yang ingin dikongsi, tapi tiada siapa yang mahu mendengar. Salah siapakah? Najid atau Najihah?


Salah faham yang melanda bila Najid buat tidak kisah pada Najihah dan si Najihah pulak keras kepala. Dalam diam, hati sudah mengaku rasa cinta namun kealpaan Najid buat cerita rumah tangga mereka makin bercelaru.