Hearthless by Ateen Khalid | Nur Kaisara, gadis cantik yang ego dan punya keyakinan tinggi, shopoholic yang suka berbelanja untuk tampil cantik setiap masa. Ego hingga tidak disukai ramai rakan sekerja dan berhasrat untuk mendapat jawatan lebih baik dengan gaji lebih besar.


"hati tidak punya rasa? 

atau tidak punya rasa untuk yang lain selain dirinya?"



Novel : Heartless

Penulis : Ateen Khalid

Bil mukasurat : 435

Rating : *****


Watak : Nur Kaisara, Naufal Nidham, Naila, Erin, Isyraf Hakimi, Julia, Danish


Sinopsis Heartless by Ateen Khalid

Nur Kaisara menjangkakan yang kehidupannya akan berubah apabila dia bekerja di situ, namun apa yang berlaku makin teruk! Menyesal dia berhenti di syarikat lama. Nampaknya dia betul-betul dah salah langkah. Sudahlah dapat jawatan yang dia tak pernah jangka, malah kalau dia buat silap… gaji kena potong pulak. Mental dan fizikal Kaisara memang terdera. Nak berhenti pun tak boleh sebab Nidham tahu titik kelemahannya. Ah, parah betul! Namun, sikap Nidham yang annoying tapi caring itulah buat Kaisara jadi tak tentu arah. Kadang-kadang geram, kadang-kadang suka.

“Saya ada hal ni. Makan cepat sikit, berangan ke apa? Sloth makan pun entah-entah laju lagi dari awak makan.” – Naufal Nidham

Dah kenapa Nidham samakan dia dengan sloth?! – Nur Kaisara

Tetapi, bagi Naufal Nidham, ada sebab dia buat semua tu. Seseorang perlu sedarkan wanita bernama Nur Kaisara dan dia akan gunakan caranya yang tersendiri memandangkan ego wanita tu terlalu tinggi. Kesalahan Kaisara yang satu itulah buat dia nekad!


RINGKASAN WATAK

NAUFAL NIDHAM - anak Dato bekerja di firma arkitek milik bapanya, seorang ank yang baik kepada kedua orangtuanya, pekerja yang berdedikasi. Meskipun kacak, berjawatan, berharta tapi punya peribadi yang cukup baik dan sangat menghormati pembantu rumahnya Makcik Rohani, bersahabat dengan pemandunya Zafril dan rakan sekejanya Mikael. Nidham merasa cukup marah dan menaruh dendam dengan perangai Kaisara hingga berhasrat untuk mengajar wanita tersebut. Berjayakah Nidham menundukkan Kaisara atau Nidham tertunduk jatuh hati kepada Kaisara.


Nidham juga digelar dengan pelbagai nama “The devils wear suit”, Mr. Devil, Mr. Banyak Syarat, Mr. Kuat Makan, Mr. Potong Gaji


DANISH - sahabat baik Kaisara yang ada hati pada Kaisara tapi ditolak baik kerana hanya menganggapnya sebagai kawan. Demi untuk membuatkan Kaisara cemburu, dia couple dengan Julia, musuh ketat Kaisara. Dia meninggal semasa kemalangan bersama Kaisara


ASYRAFF HAKIMI - bekas teman lelaki Kaisara yang sanggup berhabisan wang ringgit untuk dia tapi kemudian ditinggalkan oleh Kaisara hingga menjadi separuh gila. Dia kemudian di hantar ke luar negara untuk dirawat, kemudian kembali untuk membalas dendam.


JULIA - teman sekerja Kaisara yang cemburu dengannya.