Drama Seindah Tujuh Pelangi dah bersiaran tapi tak pasti dah berapa episod sebab selalunya saya akan tonton back to back kat youtube tapi memandangkan pandemik COVID19 ni aktiviti menonton dah bertukar sebab kerjanya masak dan makan berulang haha.

Seperti biasa kalau dalam drama jarang nak sama dengan dalam novel antaranya faktor sentuhan fizikal, tak mungkin ada adegan romantis atau terlebih madu seperti dalam novel dan banyak jugak la faktornya.  Ok ni nak summarize novel yang dibaca bukan untuk pembandingan  walau kekadang tu terkeluar la juga.

Apa pun ni novel pertama karya E-Man Sufi yang saya baca dan sila baca sampai habis la ya.

Aira Tihani Emran membawa diri ke Cibubur dan selepas 3 tahun dia pulang ke tanahair untuk meraikan perkahwinan abangnya Reyhan. Kepulangan separuh rela bila terkenangkan dia pasti akan bertemu bekas suaminya Andika Imran Ehsan dan mengenangkan apa yang dilaluinya membuat dia rasa marah.  Andika cukup baik dengan semua orang namun tidak dengannya walau mereka adalah sepupu dan dia sudah melahirkan Sofia Tihani bayi comel untuk suaminya.  Malang bila pengorbanan dan kasih sayangnya dibalas dengan sikap curang, tamak serta ego tinggi.

Andika Iman pulang ke tanahair usai tamat belajar dan dia kecewa bila rumah pusaka Tok Ayah diwasiatkan kepada Aira Tihani dan bukan kepadanya seperti yang dijanji Tok Ayah. Setiap cucu Tok Ayah mendapat bahagian harta dan untuk Andika, dia perlu berkahwin untuk mendapat bahagiannya.
Aira Tihani mengahwini Andika Iman lelaki yang dikaguminya yang juga abang sepupunya. Bagi Andika Iman mengahwini Aira adalah atas permintaan bapanya namun kehidupan mereka bahagia hingga Aira melahirkan Sofia Tihani.

Aira melarikan diri ke Cibubur dan menjadi tenaga pengajar selama 3 tahun namun dia pulang semula demi abangnya Reyhan yang akan melangsungkan perkahwinan dengan Aisyah

Plot twist bila Andika ke Indonesia


Apa yang saya suka tentang novel ni adalah semangat kekeluargaan yang kuat antara adik beradik dan sepupu antaranya Andika Iman dan Arjuna, Reyhan, Iskandar dan Aira Tihani dan Kak Yam sepupu mereka yang telah kematian ibu bapa. 

Aira pulang ke Malaysia untuk majlis perkahwinan abangnya Reyhan selepas menghilangkan diri selama 4 tahun ke Cibubur yang tiada sesiapa pun yang tahu.  Kepulangannya memang dinanti Andika dan Andika tidak jemu mencuba untuk bersatu kembali dengan isterinya.

Baca : Drama Seindah 7 Warna Pelangi 



Novel : Seindah Tujuh Warna Pelangi

Penulis : E-Man Sufi

Bil mukasurat : 457

Rating : 3.8*

Novel yang telah diadaptasi ke drama dengan barisan pelakon hebat seperti Aeril Zafrel, Nabila Razali, Hun Haqeem. Raja Afiq, Elly Mazlein, Sarah Hildebrand, Aidil Aziz, Nazeera Sardi, Wanna Ali, Wilma Muhammad, Riz Amin, Wanns Ahmad, Hairie Othman, Cassia Iman, Dato' Jalaluddin Hassan, Sharonizam dan Laila Nasir






A post shared by fuzy.bookstagram (@fuzy.bookstagram) on


Drama Seindah 7 Warna Pelangi ditayangkan di Astro Ria


SINOPSIS
Setelah tiga tahun menghilangkan diri, Aira Tihani pulang ke kampung menjelang pernikahan abangnya, Reyhan. Pertemuan semula dengan ahli keluarga serta anak yang telah ditinggalkan merubat segala kerinduan kecuali pertemuan semula dengan bekas suaminya, Andika Iman! Kepulangannya itu menggamit semula kenangan yang cuba dilupakan. Sakitnya luka lama masih terasa!

“ Kau ni memang kejam kan? Kau tinggalkan dia tanpa tanya khabar. Hilang macam ditelan bumi dan sekarang kau tergamak muncul depan dia dan kenalkan diri kau Auntie Aira? Ibu jenis apa kau ni?”– Andika

“ Bukan ke abang juga yang cakap dulu, lepas kita bercerai... abang dan Sofia bukan sesiapa lagi dalam hidup saya dan begitu sebaliknya... Jadi jangan tayang muka yang kononnya saya ni teruk dan abang tu baik sangat” – Aira


Sedar kesilapan diri yang menjadi punca runtuhnya rumahtangga yang dibina, Andika membuang rasa ego dan kembali memujuk . Sayangnya, tiada lagi ruang buatnya di hati Aira.


"Apa yang berlaku dulu tu tak boleh ke kita lupa saja. Kita balik macam dulu sebagai suami isteri.” – Andika


"Saya tak ada rasa cinta pada abang. Kalau masih ada pun, saya tak boleh maafkan perbuatan abang yang gunakan saya semata untuk capai impian dan cita-cita abang. Abang dah bakar hangus semua kepercayaan dan cinta yang saya berikan – Aira


Sehingga satu tragedi berlaku membuatkan segalanya berubah 360 darjah. Adakah tragedi yang menimpa Aira satu musibah ataupun hikmah? Apa yang pasti Andika menggunakan peluang yang ada untuk membetulkan kesilapan lama